Nor Izziani Mohd Zaki, and Salina Nen, (2020) Pedofilia: persepsi dan kebimbangan ibu bapa. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (4). pp. 1-13. ISSN 2600-9501
|
PDF
390kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16
Abstract
Isu jenayah seksual pedofilia yang melibatkan kanak-kanak semakin membimbangkan dan meningkat dari semasa ke semasa. Pedofilia didefinisikan sebagai keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak (Dewan Bahasa dan Pustaka). Pengetahuan serta pemantauan ibu bapa yang berterusan terhadap anak-anak adalah sangat penting bagi melindungi kanak-kanak menjadi sasaran jenayah seksual pedofilia. Kajian ini dijalankan untuk meneroka persepsi ibu bapa terhadap pedofilia, mengetahui kepekaan ibu bapa tentang kes-kes yang melibatkan jenayah kanak-kanak dan meneroka tahap kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak. Kajian ini juga dijalankan untuk meneroka terhadap langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh ibu bapa untuk mencegah daripada berlakunya jenayah ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mana seramai 10 orang informan dipilih yang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak berumur 21 tahun ke bawah. Kaedah temu bual separa berstruktur digunakan dalam menjalankan kajian ini. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis Interpretative Phenomenological Analysis (IPA). Hasil kajian mendapati bahawa masih terdapat segelintir ibu bapa tidak peka dengan jenayah seksual yang seksual seperti cabul lebih-lebih lagi pedofilia. Walau bagaimanapun, hampir kesemua informan peka dengan perkembangan terkini. Manakala bagi tahap kebimbangan ibu bapa pula, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menjadi lebih tegas dan overprotective terhadap anak-anak mereka. Malah mereka turut mempunyai langkah pencegahan yang tersendiri iaitu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Kajian ini akan memberi impak dan kesan positif kepada ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pedofilia; Persepsi; Ibu bapa; Kebimbangan; Langkah |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 17120 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Jul 2021 03:55 |
Last Modified: | 19 Jul 2021 08:03 |
Repository Staff Only: item control page