Analisis risiko bagi aset sistem pembetungan menggunakan analisis spatial

Nurshuhada Abd Sukor, and Zubaidi Daud, and Zakri Tarmidia, (2020) Analisis risiko bagi aset sistem pembetungan menggunakan analisis spatial. Jurnal Kejuruteraan, 32 (3). pp. 431-440. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-323-2020/

Abstract

Sistem pembetungan penting bagi memastikan sisa kumbahan yang dilepaskan di peringkat domestik dan industri dapat dirawat dengan baik agar tidak memberi impak kepada alam sekitar. Aset-aset sistem pembetungan perlu dipantau dan diselenggara bagi mengurangkan risiko daripada berlaku. Faktor-faktor yang membawa kepada risiko yang bakal berlaku kepada aset-aset ini perlu dikenalpasti, serta perlu lokasi bagi risiko-risiko ini. Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti beberapa risiko serta lokasi risiko yang boleh berlaku kepada aset-aset dalam sistem pembetungan. Bagi mencapai tujuan ini, faktor-faktor risiko yang akan berlaku perlu dikenalpasti. Kawasan utara Skudai telah dipilih sebagai kawasan kajian. Analisis yang dilaksanakan adalah menilai risiko, berdasarkan kepada faktor risiko yang telah dikenalpasti, iaitu tahap kecerunan di mana aset itu berada, dan faktor umur aset yang semakin berusia. Kawasan yang lebih tinggi kecerunan mempunyai risiko kepada aset, serta dari segi risiko umur aset, aset yang lebih lama usianya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan aset berisiko rendah (90.8%), sedikit berada pada risiko sederhana (8.9%), manakala aset yang berisiko tinggi tidak banyak (0.3%). Hasil analisis ini boleh ditambah baik dengan lebih banyak faktor dimasukkan. Hasil analisis ini diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan untuk mengenalpasti kedudukan aset yang berisiko, serta seterusnya membantu dalam membuat perancangan dan keputusan yang terbaik untuk aset-aset yang berisiko ini.

Item Type:Article
Keywords:Penilaian risiko; Sistem pembetungan; Risiko pembetungan; Analisis spatial
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:17129
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jul 2021 04:06
Last Modified:21 Jul 2021 06:38

Repository Staff Only: item control page