Kajian masa untuk memenuhi piawaian masa dalam pemasangan manual pengeluaran televisyen

Norliza Mohd Ali, and Nizaroyani Saibani, and Hawa Hishamuddin, and Mohd Nizam Ab Rahman, and Balfaqih, Hasan (2020) Kajian masa untuk memenuhi piawaian masa dalam pemasangan manual pengeluaran televisyen. Jurnal Kejuruteraan, 32 (3). pp. 551-557. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-323-2020/

Abstract

Industri pembuatan televisyen yang berdaya saing berusaha untuk memikirkan kaedah pengurangan kos dalam pemasangan dan pembuatan dan bukannya pengurangan kos bahan dan reka bentuk semata-mata. Oleh itu, produktiviti adalah sasaran utama untuk diperbaiki. Apabila usaha penambahbaikan produktiviti dilakukan secara aktif, didapati tiada kaedah pengukuran yang jelas kerana kos buruh dikira dengan menggunakan masa piawaian yang telah ditentukan sebelumnya. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengesahkan sama ada masa piawaian pratentu adalah cukup tepat untuk mengukur usaha peningkatan produktiviti yang dicapai dengan membuktikan bahawa masa piawaian pratentu telah ditetapkan lebih tinggi b erbanding masa taktik sebenar sebanyak 19%. Dengan menjalankan kajian masa piawaian dengan barisan pengeluaran manual yang terdiri daripada 11 stesen kerja dan 12 pengendali, terdapat 5 item semakan dipilih dan diputuskan untuk disemak semula kepada satu siri masa piawaian baru berdasarkan masa sebenar dan 15% elaun faktor pekerja, yang merupakan objektif kedua kajian. Keterbatasan kajian juga telah ditentukan sepanjang kajian yang melibatkan kesukaran mendapatkan pandangan yang jelas semasa penrekodan video dan juga turutan bercampur yang dilakukan oleh pengendali yang tidak mengikuti SOP. Objektif kajian ini telah dicapai dengan menggunakan kaedah kajian tindakan yang terdiri daripada aktiviti rakaman video tertentu untuk model sasaran pada barisan pengeluaran yang stabil dan dianalisis menggunakan perisian industri yang dipanggil OTRS. Hasil akhir kajian ini adalah; terdapat lima proses yang telah disemak semula masa piawaiannya yang mempunyai perbezaan besar antara masa piawaian pratentu dan masa pengeluarannya sebenar. Secara tidak langsung ia mengakibatkan pengurangan kos buruh sebenar sebanyak USD $ 846,615.

Item Type:Article
Keywords:Kos pembuatan; Produktiviti; Masa piawaian pratentu; Kajian masa; Masa piawaian
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:17142
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jul 2021 08:09
Last Modified:21 Jul 2021 07:00

Repository Staff Only: item control page