Saqinah Ab Karim, and Noremy Md Akhir, (2020) Keyakinan diri dan kemahiran insaniah mahasiswa melalui penglibatan aktiviti kesukarelawanan. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5). pp. 1-15. ISSN 2600-9501
|
PDF
540kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/17
Abstract
Keyakinan diri dan kemahiran insaniah merupakan aspek penting dalam transisi kehidupan mahasiswa. Aktiviti kesukarelawanan merupakan salah satu platform yang berkesan untuk mahasiswa mempraktikkan kemahiran insaniah di samping meningkatkan keyakinan diri mereka. Namun begitu, masih ramai majikan mendapati mahasiswa belum bersedia dalam menempuhi alam pekerjaan kerana mempunyai keyakinan diri dan kemahiran insaniah yang masih lemah hingga mengakibatkan graduan gagal untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan, mengukur tahap keyakinan diri dan tahap kemahiran insaniah mahasiswa disamping mengkaji perbezaan keyakinan diri dan kemahiran insaniah di antara mahasiswa yang terlibat dengan kesukarelawanan dan yang tidak terlibat. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan merupakan kajian berbentuk survey. Borang soal selidik Self-Confidence Questionnaire (SCQ) dan Kemahiran Insaniah diedarkan kepada 269 orang pelajar tahun akhir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti kebangsaan Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Sosial Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati seramai 223 orang mahasiswa (82.9%) mengikuti aktiviti kesukarelawanan manakala 46 orang mahasiswa (17.1%) tidak pernah terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan. Dapatan lanjut akan dibincangkan dalam artikel ini. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran insaniah mahasiswa dan seterusnya mengubah perspektif majikan terhadap golongan graduan agar dapat menjamin kesejahteraan masyarakat dan ekonomi negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keyakinan diri; Kemahiran insaniah; Kesukarelawanan; Pelajar tahun akhir FSSK; Kajian kuantitatif |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 17156 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Jul 2021 06:37 |
Last Modified: | 23 Jul 2021 01:29 |
Repository Staff Only: item control page