Syarifah Nurul Sofia Syed Kamal Ariffin, and Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, (2020) Tahap tekanan psikologikal dan perilaku mencari bantuan psikologi dalam kalangan mahasiswa. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5). pp. 1-12. ISSN 2600-9501
|
PDF
307kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/17
Abstract
Masalah kesihatan mental adalah tidak asing lagi bagi golongan belia terutama sekali golongan pelajar. Pengetahuan dan pengesanan awal kesihatan mental yang baik mampu membantu dalam penjagaan kesihatan mental yang lebih efektif di samping dapat mengurangkan stigma tentang penyakit mental. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap tekanan psikologikal dan perilaku mencari bantuan psikologi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik yang diedarkan secara bersemuka dan google form bagi mengumpul maklumat yang dikehendaki. Kajian ini melibatkan seramai 152 orang sampel pelajar lelaki dan perempuan Tahun 3 daripada lima program dalam jurusan kejuruteraan Universiti Malaya (UM) iaitu program Kejuruteraan Awam, program Kejuruteraan Elektrik, program Kejuruteraan Kimia, program Kejuruteraan Mekanik dan program Kejuruteraan Bioperubatan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur tekanan psikologikal adalah Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21). Hasil kajian mendapati tahap tekanan psikologikal dan adalah pada tahap yang sederhana. Justeru, usaha oleh pihak bertanggungjawab perlu dilakukan seperti menjalankan ujian pemeriksaan awal dan program saringan untuk tekanan psikologikal dalam kalangan pelajar terutamanya bagi memudahkan pengesanan awal sebarang masalah kesihatan mental untuk mengelakkan masalah yang lebih serius seperti ideasi bunuh diri, cubaan bunuh diri dan kelakuan bunuh diri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Stres; Kebimbangan; Kemurungan; DASS-21; Perilaku mencari bantuan psikologi |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 17157 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Jul 2021 06:48 |
Last Modified: | 23 Jul 2021 01:30 |
Repository Staff Only: item control page