Nora Sawal, and Nor Aini Kasuni, and Khadijah Alavi, (2020) Kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar kerja sosial. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5). pp. 1-9. ISSN 2600-9501
|
PDF
295kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/17
Abstract
Kesediaan pelajar menempuhi alam pekerjaan sebagai pekerja sosial kompeten wajar dititikberatkan sebelum tamat pengajian di IPTA. Kesediaan kerjaya boleh meningkatkan kesedaran pengetahuan, kemahiran, minat, potensi dan personaliti sebagai pekerja sosial profesional. Tujuan utama kajian ini adalah meneroka kerjaya pilihan pelajar kerja sosial di UKM bagi mendorong tahap kesediaan kerjaya sebagai pekerja sosial yang kompeten. Kurang kajian lepas mengenai isu peningkatan pemahaman dan kesedaran pelajar dalam bidang pengajian mereka ceburi. Isu ini adalah penting untuk mengelakkan pembaziran guna tenaga dan modal insan negara. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama, pelajar tidak diberi pendedahan alam pekerjaan pekerja sosial yang sebenar. Kedua, daripada aspek pembangunan personaliti sebagai pekerja sosial, misalnya kemahiran komunikasi, interpersonal dan kerja berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam individu, kumpulan dan komuniti. Ketiga, motivasi dan laluan kerjaya dalam bidang kerja sosial juga tidak pernah didedahkan kepada pelajar untuk kesediaan sebagai pekerja sosial yang kompeten. Implikasi kajian ini mencadangkan program outreach untuk menghadapi laluan kerjaya pekerja sosial dalam kalangan pelajar UKM perlu diperluaskan dengan membuat lawatan sambil belajar ke luar negara, program penanda aras antara negara Asean dalam kerjaya pekerja sosial. Gabungan pengajaran dan pembelajaran berpandukan teori dan praktis antara UKM dengan agensi kerajaan serta IPTA lain bagi meningkatkan kebolehkerjaan dalam kalangan graduan kerja sosial UKM.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesediaan; Pelajar UKM; Alam kerjaya; Kompeten; Pekerja sosial |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 17158 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Jul 2021 06:54 |
Last Modified: | 23 Jul 2021 01:30 |
Repository Staff Only: item control page