Aspek sosiologi dalam drama Buang karya Roziah Adama

Syafiqah Shaari, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2020) Aspek sosiologi dalam drama Buang karya Roziah Adama. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
276kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/17

Abstract

Drama Buang karya Roziah Adama memaparkan pelbagai isu sosial masyarakat terpinggir di Malaysia. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Perdana pada tahun 2015 bagi kategori Drama Eceran anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini memaparkan dua watak bagi mengerakkan jalan cerita. Drama ini dirungkai dengan menggunakan pendekatan sosiologi yang dipelopori oleh Karl Marx, bagi menjawab persoalan apakah isu-isu sosial yang disampaikan oleh Roziah Adama? Kajian jenis feudamental dengan reka bentuk kualitatif dirangka bagi menjawab persoalan tersebut. Bahan bagi kajian ini termasuk kajian buku, makalah, jurnal, internet dan juga kajian lepas. Dapatan kajian yang dirakam dalam artikel ini adalah, isu sosial yang terdapat dalam drama Buang adalah kes jenayah pembuangan bayi, sikap prasangka, penindasan yang lemah. Selain itu, aspek politik pula ialah pentadbiran orang atasan yang berkuasa dan boleh diselesaikan dengan wang ringgit iaitu golongan hipokrit. Seterusnya, dari aspek ekonomi kehidupan masyarakat dari golongan bawahan yang miskin dipaparkan.

Item Type:Article
Keywords:Buang; Drama Melayu; Kritikan drama; Kritikan sosial; Roziah Adama; Sosiologi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:17160
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jul 2021 07:05
Last Modified:23 Jul 2021 01:34

Repository Staff Only: item control page