Nor Adli Firdaus, and Al-Amril Othman, (2020) Menyingkap selingkar kisah korban pembangunan: dari Batu 20 ke Bukit Unggul. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (5). pp. 1-13. ISSN 2600-9501
|
PDF
371kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/17
Abstract
Kertas kajian ini bertujuan menyentuh permasalahan kehidupan Orang Asli di Sungai Buah dari tahun 1970-2000. Ia membabitkan pertembungan sudut pandangan antara masyarakat Orang Asli dengan pihak berkuasa baik di peringkat negeri mahupun persekutuan. Pertembungan ini timbul disebabkan wujud konflik antara dua pihak mengenai status tanah yang dianggap sebagai tempat tinggal mereka. Ia dibuktikan menerusi analisa terhadap pembangunan yang tidak selari dengan aspirasi mereka. Perlu di ingatkan bahawa penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kelab Golf Bukit Unggul di tempat tinggal mereka telah meninggalkan suatu ironi yang kekal dalam landskap pembangunan negara. Di sebalik ironi itu, sesuatu harus dilakukan bagi menangani permasalahan mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada warganegara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Orang Asli; Sungai Buah; Bukit Unggul; UKM dan pihak berkuasa |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 17161 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Jul 2021 07:14 |
Last Modified: | 23 Jul 2021 01:36 |
Repository Staff Only: item control page