Prestasi mekanik korona zirkonia monolitik melalui kaedah unsur terhingga

Mohamad Najib Mohd Kasmani, and Noor Faeizah Amat, and Meor Iqram Meor Ahmad, and Andanastuti Muchtar, (2021) Prestasi mekanik korona zirkonia monolitik melalui kaedah unsur terhingga. Sains Malaysiana, 50 (4). pp. 1077-1087. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
671kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil4_...

Abstract

Dalam kajian ini, prestasi mekanik korona zirkonia monolitik bagi aplikasi dental dikenal pasti melalui analisis kaedah unsur terhingga (FEM) iaitu analisis terma dan analisis beban mekanikal. Zirkonia ialah bahan restorasi dental yang semakin meluas digunakan kerana mempunyai sifat bioserasi dan estetik yang baik berbanding bahan lain. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti ketebalan korona zirkonia monolitik yang mampu menahan kitaran beban yang dikenakan, mengenal pasti kesan kitaran perubahan suhu pada struktur korona dengan ketebalan berbeza dan mengenal pasti perhubungan antara kitaran beban dan kitaran terma pada korona gigi zirkonia monolitik melalui simulasi FEM. Model 3D reka bentuk berbantu komputer (CAD) korona zirkonia monolitik dengan ketebalan 0.5, 0.6, 0.7, 0.8 dan 0.9 mm telah dijana melalui kaedah imbasan tomografi berkomputer. Kitaran beban yang dikenakan adalah 300, 400, 500, 600, 700 dan 800 N manakala kitaran terma pula dikenakan perubahan suhu antara 5 sehingga 55 °C. Justeru, gabungan analisis ini melalui simulasi FEM menggambarkan persekitaran mulut yang lebih realistik dan kompleks terhadap prestasi korona zirkonia monolitik bagi aplikasi dental. Hasil simulasi FEM mendapati bahawa ketebalan 0.8 dan 0.9 mm merupakan ketebalan yang paling selamat kerana menerima tekanan Von Mises paling sedikit berbanding ketebalan lain. Namun, ketebalan 0.5 mm juga masih mampu menahan beban mekanikal dan perubahan suhu yang dikenakan tetapi berisiko untuk mengalami keretakan.

Item Type:Article
Keywords:Beban kitaran; Kaedah unsur terhingga; Kesan ketebalan; Korona dental; Zirkonia monolitik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17180
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jul 2021 04:25
Last Modified:26 Jul 2021 03:04

Repository Staff Only: item control page