Proses pembentukan makna simpulan bahasa "kepala angin" menggunakan prinsip metafora integrase

Asiah Ismail, and Anida Sarudin, and Zulkifli Osman, and Husna Faredza Mohamed Redzwan, (2021) Proses pembentukan makna simpulan bahasa "kepala angin" menggunakan prinsip metafora integrase. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (2). pp. 86-110. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
539kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1397

Abstract

Proses pembentukan makna simpulan bahasa berlaku dengan lebih kompleks di dalam empat domain mental manusia menggunakan strategi metafora integrasi sebagai alternatif baharu kajian metafora. Data metafora yang dipilih ialah simpulan bahasa kepala angin yang menduduki kekerapan tertinggi, iaitu sebanyak 531 data. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis proses pembentukan makna simpulan bahasa "kepala angin" menggunakan prinsip integrasi. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif berlandaskan pendekatan korpus berkomputer. Dua korpus pangkalan data berkomputer yang dipilih ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordane Project (MCP). Data yang dipilih dianalisis menggunakan prinsip integrasi yang diubah suai daripada Teori Blending yang diperkenalkan oleh Fauconnier dan Turner (2002). Untuk mendapatkan data simpulan bahasa yang berkaitan dengan "kepala", concordans unit leksikal "kepala" dijana daripada korpus DBP dan MCP yang berjumlah 12,227 daripada lebih enam juta himpunan data. Pendekatan analisis deskriptif korpus berkomputer digunakan untuk menghurai data "kepala". Dapatan kajian membuktikan bahawa makna simpulan bahasa berlaku dengan tertib melalui empat ruang mental pemikiran Melayu, iaitu ruang input 1, ruang input 2, ruang generik dan ruang integrasi. Sesungguhnya, kajian ini menambah baik maklumat baharu dalam bidang linguistik kognitif tentang keunikan pemikiran Melayu yang asas.

Item Type:Article
Keywords:Pemikiran Melayu; Metafora integrasi; Ruang mental; Simpulan bahasa
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:17257
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jul 2021 03:15
Last Modified:03 Aug 2021 06:01

Repository Staff Only: item control page