Nazirah Radin Salim, and Idris Mansor, (2021) Penguasaan kecekapan budaya dalam terjemahan Arab–Melayu. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (2). pp. 111-134. ISSN 1675-8021
|
PDF
366kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1397
Abstract
Dalam sesuatu aktiviti terjemahan, penterjemah berperanan sebagai perantara antara dua masyarakat yang berbeza bahasa dan budaya. Namun begitu, komunikasi yang baik antara dua masyarakat yang berbeza bahasa akan terganggu jika budaya dalam sesuatu unit bahasa itu tidak difahami oleh penterjemah semasa melakukan aktiviti penterjemahan. Hal ini demikian kerana budaya umpama cerminan bagi sesuatu bahasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pastiperbezaan bentuk dan tahap ketepatan hasil terjemahan berdasarkan kecekapan budaya oleh pelajar jurusan bahasa Arab di dua buah institut perguruan, selain untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tahap kecekapan budaya mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif yang menggunakan dua jenis instrumen, iaitu instrumen soalan ujian berkaitan kecekapan terjemahan yang dijalankan terhadap 90 orang sampel pelajar dan instrumen temu bual yang dijalankan terhadap seorang peserta pensyarah dan 12 orang peserta pelajar. Instrumen temu bual dijalankan bagi mengetahui faktor yang mungkin mempengaruhi tahap penguasaan kecekapan budaya dalam kalangan pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penguasaan kecekapan budaya pelajar jurusan bahasa Arab di dua buah institusi perguruan tersebut adalah pada aras sederhana rendah, iaitu dengan nilai min markah sebanyak 53.44%. Hasil tinjauan temu bual pula mendedahkan bahawa pelajar kurang diberi penekanan aplikasi dan praktikal tentang elemen budaya dalam terjemahan. Kajian ini diharap dapat memberi input baharu yang perlu diberi perhatian oleh para pelajar bagi menghasilkan terjemahan yang lebih baik antara dua bahasa yang bersilang budaya, di samping dapat memberi idea kepada pihak yang berautoriti untuk mengambil langkah yang lebih proaktif dalam meningkatkan tahap penguasaan kecekapan budaya dalam kalangan pelajar, seperti memasukkan elemen budaya dalam silibus kursus terjemahan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kecekapan budaya; Terjemahan Arab-Melayu; Latihan terjemahan; Penterjemah pelatih; Ketepatan terjemahan |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 17258 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 29 Jul 2021 03:29 |
Last Modified: | 03 Aug 2021 06:02 |
Repository Staff Only: item control page