Frasa topik dan fokus dalam bahasa Melayu: analisis program minimalis

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Syafika Atika Othman, (2021) Frasa topik dan fokus dalam bahasa Melayu: analisis program minimalis. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (2). pp. 195-214. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
802kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1397

Abstract

Kajian ini menganalisis semula mengenai kewujudan Frasa Topik (FTOP) dan Frasa Fokus (FFOK) yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian ini timbul daripada isu berkenaan perbezaan Topik dan Fokus, penanda Topik dan Fokus, posisi Topik dan Fokus dalam struktur ayat serta pergerakannya dalam konstituen ayat. Tujuan kajian ini ialah mengenal pasti FTOP dan FFOK, menghuraikan struktur FTOP dan FFOK secara deskriptif dan menganalisis frasa tersebut dengan menggunakan kerangka Minimalis bagi memperlihatkan kewujudan frasa-frasa tersebut. Fokus dan Topik sering menjadi isu berikutan kedudukannya dalam struktur ayat. Data kajian diperoleh daripada data korpus UKM-DBP yang melibatkan ayat yang mengandungi kata yang dan partikel –lah yang hadir dalam bentuk ayat mudah. Kata yang dan partikal –lah dipilih bagi menentukan sama ada ia berfungsi sebagai Fokus, Topik ataupun penanda. Data tersebut dianalisis secara teoretikal menggunakan kerangka Program Minimalis. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahasa Melayu mempunyai Frasa Topik (FTOP) dan Frasa Fokus (FFOK). Satu penemuan yang baru ialah wujudnya hierarki yang unik untuk bahasa Melayu. FFOK didapati terletak pada posisi yang lebih tinggi daripada FTOP. Kajian ini mendakwa bahawa bahasa Melayu mempunyai struktur berbeza daripada struktur sejagat yang dicadangkan oleh Rizzi (1995). Malah struktur FTOP dan FFOK dalam bahasa Melayu mempunyai kedudukan berbeza bagi ayat yang mengandungi kata yang dan partikel –lah atau kedua-duanya. Analisis ini mendapati bahawa FFOK mendahului FTOP iaitu satu penemuan yang berbeza daripada dakwaan Rizzi yang mencadangkan FTOP mendahului FFOK secara sejagat.

Item Type:Article
Keywords:Frasa topik; Frasa fokus; Program minimalis; Bahasa Melayu; Data korpus
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:17262
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jul 2021 06:18
Last Modified:03 Aug 2021 06:06

Repository Staff Only: item control page