Aplikasi fiqh al-Ta'ayush yang berorientasikan prinsip wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Mohammad Naqib Hamdan, and Mohd Anuar Ramli, and Syamsul Azizul Marinsah, and Rahimin Affandi Abdul Rahim, and Muhd Imran Abdul Razak, and Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, (2021) Aplikasi fiqh al-Ta'ayush yang berorientasikan prinsip wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Hadhari, 13 (1). pp. 15-35. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
437kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1408

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri dalam daging yang menghambat proses perpaduan antara kaum di Malaysia. Justeru, segregasi sosial dan budaya ini perlu diharmonikan bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan penuh kedamaian. Antara pendekatan yang boleh digunapakai adalah fiqh al-Ta'ayush (co-existance) antara kaum dan agama yang berpaksikan prinsip kesederhanaan yang pernah dipraktikkan pada zaman Nabi SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin. Sehubungan itu, kajian kualitatif ini membincangkan tentang konsep fiqh al-Ta'ayush yang berorientasikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) yang menjadi teras dalam menangani isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan aplikasi fiqh al-Ta'ayush yang melibatkan penyertaan aktif semua pihak di Malaysia, diharapkan Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin dapat direalisasikan bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan sosial; Komunikasi multikultural; Isu sensitif; Toleransi; Fiqh al-Ta'ayush
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:17281
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Aug 2021 00:27
Last Modified:11 Aug 2021 03:18

Repository Staff Only: item control page