Analisis keperluan pembentukan model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga

Mariam Abd Majid, and Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, and Sahlawati Abu Bakar, and Mohd Ridhuan Mohd Jamil, and Salasiah Hanin Hamjah, and Zulkefli Aini, and Naqibah Mansor, (2021) Analisis keperluan pembentukan model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga. Jurnal Hadhari, 13 (1). pp. 49-68. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
429kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1408

Abstract

Pasangan rumah tangga poligami sering berhadapan dengan konflik dan menjadi buntu ekoran tidak tahu bagaimana kaedah untuk mengurus konflik yang berlaku. Artikel ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembinaan model psikologi komunikasi isteri bermadu dalam mengurus konflik rumah tangga. Analisis keperluan ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan model yang bakal dibentuk memenuhi keperluan sasaran model dan menentukan spesifikasi model yang dibina. Proses analisis keperluan pembinaan model ini dijalankan menerusi temu bual separa berstruktur. Pemilihan informan dilakukan secara persampelan bertujuan iaitu lima orang isteri yang bermadu dan seorang suami yang berpoligami. Transkripsi data temu bual dianalisis bagi membentuk tema dan subtema. Proses kesahan tema dan subtema ini dilakukan menerusi kaedah pengiraan Cohen Kappa. Dapatan temu bual berkaitan keperluan pembinaan model ini mengutarakan empat tema dan subtema utama, iaitu: (1) Kewujudan konflik dalam rumahtangga bermadu, (2) Faktor-faktor berlakunya konflik rumah tangga bermadu, (3) Pendekatan dilakukan dalam mengurus konflik rumah tangga bermadu, dan (4) Keperluan pembangunan model. Pembinaan model ini boleh menjadi panduan kepada pasangan suami isteri dalam pengurusan konflik rumah tangga bermadu.

Item Type:Article
Keywords:Model; Psikologi komunikasi; Isteri bermadu; Mengurus konflik; Rumah tangga
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:17283
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Aug 2021 00:38
Last Modified:11 Aug 2021 03:21

Repository Staff Only: item control page