Norsuhana Abdul Hamid, (2021) Haiwan liar sebagai makanan eksotik dan penyebaran virus corona dari perspektif sains kesihatan dan Islam. Jurnal Hadhari, 13 (1). pp. 93-124. ISSN 1985-6830
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1408
Abstract
Haiwan liar telah diburu dan dibunuh untuk dijadikan bahan makanan kerana dianggap ia mengandungi kandungan nutrien yang baik untuk kesihatan. Kerakusan manusia memakan daging haiwan liar tanpa batasan menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit zoonosis. Kajian ini melibatkan analisis literatur terhadap makanan dan pemakanan daging haiwan liar yang menjadi agen pembawa dan penyebaran virus Corona daripada perspektif sains kesihatan dan Islam. Perbincangan turut merangkumi jenis-jenis virus Corona, haiwan pembawa, bagaimana boleh menjangkiti manusia serta contoh kronologi kes melibatkan pesakit dan berjangkit kepada orang awam yang sihat dan seterusnya membawa maut. Turut diketengahkan daripada aspek sains kesihatan ialah impak terhadap aktiviti sosial masyarakat seperti perintah kawalan pergerakan untuk memutuskan rantaian jangkitan. Daripada aspek kepentingan syariat Islam dalam memilih jenis makanan, makanan yang diharamkan adalah untuk menjaga kemaslahatan manusia secara keseluruhan supaya dapat beribadah kepada Allah SWT.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Haiwan liar; Daging eksotik; Virus Corona; Sains kesihatan; Islam |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 17285 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Aug 2021 00:52 |
Last Modified: | 11 Aug 2021 03:25 |
Repository Staff Only: item control page