Hubungan di antara konsep kendiri dan kesedaran komuniti dengan sokongan sosial bagi pesalah muda di Malaysia

N.K. Tharshini, and Fauziah Ibrahim, and Mohd Suhaimi Mohamad, and Ezarina Zakaria, (2020) Hubungan di antara konsep kendiri dan kesedaran komuniti dengan sokongan sosial bagi pesalah muda di Malaysia. AKADEMIKA, 90 (3). pp. 39-48. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
332kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298

Abstract

Artikel ini disediakan untuk mengenalpasti hubungan di antara konsep kendiri dan kesedaran komuniti dengan sokongan sosial bagi pesalah muda di Malaysia. Satu kajian kuantitatif telah dijalankan ke atas 306 pesalah muda yang sedang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pesalah muda lelaki (100%) yang berusia 20 tahun (36.3), bujang (94.4%), berpendidikan pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (52.1%), dan tidak bekerja (49.7%). Keputusan analisis kolerasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara konsep kendiri (r=.699, p<0.01) dan kesedaran komuniti (r=.606, p<0.01) dengan sokongan sosial. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat agar melakukan penambahbaikan terhadap modul pemulihan yang sedia ada dengan memberi penekanan terhadap aspek konsep kendiri, kesedaran komuniti, dan sokongan sosial bagi membantu memulihkan kefungsian sosial pesalah muda pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Konsep kendiri; Kesedaran komuniti; Sokongan sosial; Pesalah muda; Malaysia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17293
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Aug 2021 03:16
Last Modified:11 Aug 2021 03:53

Repository Staff Only: item control page