Kajian keselarian antara filem Inception dengan pemikiran al-Ghazali

Mohd Syahmir Alias, (2020) Kajian keselarian antara filem Inception dengan pemikiran al-Ghazali. AKADEMIKA, 90 (3). pp. 75-89. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298

Abstract

Inception merupakan sebuah filem aksi cereka sains (sci-fi) di bawah pengarahan Christopher Nolan. Mauduk utama filem ini berkisar mengenai mimpi dan realiti. Filem ini cuba mengangkat satu persoalan yang berlegar-legar dalam komuniti ahli falsafah minda iaitu: apakah makna sebenar untuk mengatakan bahawa mimpi ialah pengalaman sedar ketika tidur? Perbahasan mengenai perkaitan antara kesedaran dengan mimpi telah dibincangkan berabad lamanya. Misalnya, dalamsejarah falsafah Barat, ahli falsafah Yunani terkemuka iaitu Aristotle paling awal membahaskan topik tersebut dalam karyanya yang bertajuk On Dreams. Walau bagaimanapun, dari konteks falsafah Islam, Fazlur Rahman menekankan bahawa al-Ghazali merupakan pemikir Muslim terawal yang menggunakan mimpi untuk membuktikan kewujudan objektif atau kewujudan secara ontologi berkenaan hal-hal pengakhiran jiwa manusia yang disebut juga dalam eskatologi. Oleh itu, makalahini berhasrat menganalisis tema-tema utama dalam filem Inceptionsecara berselari dengan pandangan al-Ghazali berkaitan mimpi. Dengan menggunakan reka bentuk kajian berasaskan analisis kandungandan kaedah pengumpulan data menerusi analisis dokumen, makalah ini mengemukakan empat tema penting dalam Inception yang dapat dibandingkan dengan pemikiran al-Ghazali iaitu realiti kematian, realiti sakit, skeptisisme dan imaginasi. Secara garis besarnya, makalah ini menganalisis filem tersebut dan pemikiran al-Ghazali dengan membahagikan perbincangan kepada dua iaitu ontologi dan epistemologi. Dapatan makalah ini secara teorinya menyumbang kepada kerelevanan pemikiran al-Ghazali dari aspek ontologi dan epistemologidalam memahami sesebuah filem yang mengandungi sekian unsur kefalsafahan.

Item Type:Article
Keywords:Inception; Dream; al-Ghazali; Science fiction film; Epistemology
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17296
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Aug 2021 03:37
Last Modified:11 Aug 2021 03:59

Repository Staff Only: item control page