Penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Rajabhat Yala (Yru) Thailand

Pareeda Hayeeteh, and Shahidi A.H., and Rahim Aman, (2020) Penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Rajabhat Yala (Yru) Thailand. AKADEMIKA, 90 (3). pp. 105-115. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
312kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298

Abstract

Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi di Thailand telah dijadikan pilihan utama oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Demikian juga di Universiti Rajabhat Yala (YRU). Setelah kerajaan memberi kelonggaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, bahasa Melayu bukan sekadar dijadikan sebagai kursus sarjana muda, sujbek wajib dan subjek pilihan, malah bahasa Melayu menjadi salah satu identiti di universiti ini. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan responden YRU yang terdiri daripada 30 orang responden yang mengambil kursus Sarjana Muda Program Bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif yang menggunakan kaedah kuantitatif dalam menganalisis tahap penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang dibina dan direka sendiri oleh pengkaji. Soal selidik terdiri daripada daripada 20 item. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan bahasa Melayu secara umum responden mempunyai penerimaan pada tahap yang sederhana, iaitu mempunyai skor min 3.97 dan sisihan piawai 0.66. Didapati tiga belas item mencapai skor min pada tahap yang sederhana dan hanya tujuh item sahaja mencapai skor min pada tahap yang tinggi. Sikap penerimaan responden YRU yang mempunyai skor min yang paling tinggi ialah pada item ‘bahasa Melayu harus diberikan kebebasan sepenuhnya untuk berkembang dan maju’ dengan mempunyai skor min 4.80 dan sisihan piawai 0.41. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan oleh para pendidik bahasa Melayu di YRU atau mana-mana universiti di Thailand dalam menanamkan perasaan cinta terhadap bahasa Melayu dan memahami fungsi serta peranan bahasa Melayu di arena antarabangsa demi untuk memupuk sikap penerimaan bahasa Melayu terhadap pelajar pada tahap yang memuaskan.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Bahasa asing; Pelajar; Sikap tahap penerimaan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17298
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Aug 2021 03:50
Last Modified:11 Aug 2021 04:14

Repository Staff Only: item control page