Madiawati Mustaffa, and Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, and Rohayati Junaidi, and Maizira Abdul Majid, (2020) Hubungan rakyat dan pemerintah dalam tradisi lisan dari perspektif kepimpinan. AKADEMIKA, 90 (3). pp. 117-128. ISSN 0126-5008
|
PDF
315kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298
Abstract
Hubungan rakyat dan pemerintah adalah berkait rapat dan mempunyai hubungan timbal balas antara satu sama lain. Ungkapan “rakyat dan raja berpisah tiada” menunjukkan keakraban hubungan dua kelompok ini. Pengisahan tentang pemerintah dan rakyat banyak terlihat dalam sastera hikayat. Namun kajian ini melihat sejauh mana pandangan rakyat terhadap pemerintah dari kaca mata rakyat melalui sastera rakyat. Sastera rakyat merupakan dokumentasi masyarakat dahulu serta merupakan salah satu medium dalam melihat persekitaran yang mempengaruhi hubungan antara rakyat dan pemerintah. Masalah yang melibatkan hubungan rakyat dan pemerintah merupakan salah satu situasi yang memberi kesan jangka panjang terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara. Justeru, persekitaran yang bertimbal balas secara aktif dan baik antara rakyat dan pemerintah membantu memelihara system social sesebuah masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini bertitik-tolak daripada dua objektif utama, iaitu mengenal pasti hubungan antara rakyat dan pemerintah dalam cerita-cerita lisan Pahang, serta menganalisis kesan hubungan timbal balas antara pemimpin dan rakyat dalam tradisi lisan berdasarkan Teori Kepimpinan oleh Northouse (2013). Kajian analisis teks ini meneliti cerita rakyat Pahang koleksi Zakaria Hitam dengan melihat hubungan antara rakyat dengan pemimpin dalam konteks kepimpinan. Dapatan kajian memperlihatkan pengaruh kepimpinan tradisional yang memberikesan timbal balas dalam hubungan antara rakyat dan pemerintah, iaitu saling mempengaruhi dalam membentuk sistem sosial masyarakat. Kesimpulannya, pemimpin dan rakyat saling memerlukan dalam memastikan kelangsungan dan keharmonian negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tradisi lisan; Teori kepimpinan; Rakyat; Pemerintah; Cerita rakyat Pahang |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17299 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Aug 2021 03:56 |
Last Modified: | 11 Aug 2021 04:15 |
Repository Staff Only: item control page