Zafir Khan Mohamed Makhbul, and Mohd Iqhsan Shahfarie Ibrahim, and Zaini Jamaludin, (2020) Hubungan antara gaya kepimpinan dengan komitmen organisasi dan hasrat untuk kekal: penilaian analisis Sobel. AKADEMIKA, 90 (3). pp. 129-146. ISSN 0126-5008
|
PDF
638kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298
Abstract
Gaya kepimpinan merupakan salah satu atribut yang sering mendapat perhatian penyelidik. Karektor seseorang pemimpin merupakan faktor yang signifikan dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Kajian ini menumpukan kepada gaya kepimpinan spiritual, gaya kepimpinan transformasional dan transaksional yang diamalkan oleh pemimpin politik dan pengaruhnya terhadap komitmen organisasi serta hasrat untuk kekal para pegawai parti politik yang dilantik. Gaya kepimpinan spiritual yang masih belum mendapat perhatian yang luas daripada para penyelidik menjadi fokus utama di dalam kajian ini. Secara spesifik, kajian ini turut menilai peranan faktor pengantara iaitu komitmen afektif dan normatif terhadap perhubungan antara gaya kepimpinan spiritual, transformasional dan transaksional dengan hasrat untuk kekal bersama institusi. Kajian dijalankan dalam kalangan Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan PAS Kawasan di seluruh negeri Selangor. Sejumlah 357 borang soal selidik telah dianalisis daripada 1,290 borang yang diedarkan. Pengujian hipotesis menggunakan kaedah analisis regresi berbilang dan analisis Sobel. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga gaya kepimpinan memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan tahap komitmen afektif dan normatif terhadap organisasi. Gaya kepimpinan juga didapati mempunyai hubungan yang positif dengan hasrat untuk kekal. Analisis kesan pengantara mendapati komitmen normatif berperanan sebagai pengantara kepada hubungan antara gaya kepimpinan spiritual, transformasional dan transaksional dengan hasrat untuk kekal. Dapatan kajian menyumbang kepada aspek teoretikal dan aplikasi pengurusan terutamanya berkaitan gaya kepimpinan spiritual.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gaya kepimpinan spiritual; Transformasional; Transaksional; Komitmen organisasi; Hasrat untuk kekal |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17300 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Aug 2021 04:10 |
Last Modified: | 11 Aug 2021 04:17 |
Repository Staff Only: item control page