Nor Hashimah Jalaluddin, and Khairul Ashraaf Saari, and Harishon Radzi, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2020) Migrasi dan lanskap baharu dialek di Johor. AKADEMIKA, 90 (3). pp. 147-161. ISSN 0126-5008
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298
Abstract
Pengaruh migrasi antara wilayah dan dalam wilayah telah menjadikan negeri Johor sebagai salah sebuah negeri yang rencam dengan kepelbagaian subdialek dan bahasa. Faktor sebaran bahasa standard kelainan /ə/ (schwa) yang berpusat di negeri Johor tidak mampu menghalang perubahan dan penggunaan bahasa migran yang berpunca daripada penghijrahan. Pendapat Asmah (1986) yang mengkategorikan tiga sub dialek di Johor boleh dihurai semula dalam kajian ini. Kajian ini memfokuskan pada pengenalpastian bahasadan dialekyang digunapakai di negeri Johor, kesan migrasi lantas membentuk peta lanskap isoglos baharu dialek di negeri Johor berbantukan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan sepenuhnya dengan melibatkan 123 buah kampung dengan 900 orang informan kajian dan 40 data leksikal di seluruh negeri Johor. Informan yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan tua telah membantu memberikan input dialek dan bahasa yang dituturkan di Johor. Kajian ini telah berjaya menggantikan pengkategorian tiga sub dialek oleh Asmah. Pada masa yang sama, kajian ini memperlihatkan empat penggunaan bahasayang ketara ditemui selain dialek Johor iaitu bahasa Jawa, Bugis, Banjar, danMinang kesan dari migrasi antara wilayah. Kesan migrasi dalam wilayahjuga menunjukkan wujudnya dialek Melayu Kelantan, dialek Melayu Terengganu dan dialek Melayu Melaka dituturkan di Johor.Natijahnya, migrasikhususnya yang melibatkanantara wilayah dan dalam wilayah ini secara tidak langsung telah mencorakkan lanskap penggunaan dialek dan bahasa yang baharu di negeri Johor.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Migrasi; Antara wilayah; Dalam wilayah; Dialek Johor; Sistem Maklumat Geografi |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17301 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Aug 2021 04:17 |
Last Modified: | 11 Aug 2021 04:21 |
Repository Staff Only: item control page