Pendekatan terhadap bukan Muslim dalam gerakan dakwah di Malaysia: perbincangan hadith-hadith berkaitan

Muhammad Arif Yahya, and Muhammad Haikal Mohd Hedzir, (2020) Pendekatan terhadap bukan Muslim dalam gerakan dakwah di Malaysia: perbincangan hadith-hadith berkaitan. AKADEMIKA, 90 (3). pp. 163-171. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
275kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298

Abstract

Pendekatan terhadap bukan Muslim dalam gerakan dakwah di Malaysia dilihat memiliki pendekatan yang berbeza khususnya berkaitan hubungan politik dengan bukan Muslim.Perkara ini membawa implikasi dalam pemilihan dan pemahaman terhadap hadis-hadis oleh gerakan dakwah yang membincangkan pendekatan terhadap bukan Muslim. Artikel ini membincangkan hadith-hadith berkaitan pendekatan terhadap bukan Muslim dalam Gerakan Dakwah di Malaysia. Gerakan dakwah yang menjadi fokus kajian dalam melihat hadith-hadith yang dikemukakan ini ialah dua badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).Hadith-hadith yang dikaji meliputi aspek pendalilan dan pemahaman berkaitan pendekatan terhadap Bukan Muslim di kalangan Gerakan Dakwah ini.Hasil kajian mendapati bahawa hadis-hadis yang digunapakai oleh kedua-dua gerakan dakwah ada yang menjadi persamaan dan perbezaan dalam pemahaman berkaitan pendekatan terhadap golongan bukan Muslim di Malaysia ini.Persamaan adalah berkaitan pemahaman terhadap isu al-Insaniah atau kebaikan berkaitan aspek kemanusiaan kepada bukan Muslim. Manakala isu perbezaan adalah aspek hubungan politik dengan bukan Muslim dimana ISMA melihat situasi politik di Malaysia dengan berpandangan tidak bersetuju pendekatan dalam kesepakatan politik (Tahaluf siyasi )bersama bukan Muslim disamping mendatangkan dalil yang menjurus kearah larangan tersebut. Manakala IKRAM lebih mengambil pendekatan membina hubungan politik bersama bukan Muslim dan lebih melihat kepada aspek tatakelola dan tadbir urusyang baik dalam pemerintahan disamping peluang menyampaikan dakwah dan suara Islam kepada bukan Muslim. Implikasi kajian ini memberikan pemahamanbahawa perbincangan hadis-hadis ini adalah bersifat ijitihadi oleh kedua-dua gerakan dakwah dan setiap pandangan memiliki justifikasi serta hujjah masing-masing dalam usaha menjaga kemaslahatan Islam di Malaysia dan kesinambungan dakwah di negara ini.

Item Type:Article
Keywords:Hadis; Bukan Muslim; Gerakan dakwah; IKRAM; ISMA
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17302
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Aug 2021 04:22
Last Modified:11 Aug 2021 04:22

Repository Staff Only: item control page