Mazlan Ibrahim, and Ahmad Yunus Mohd Noor, and Abdullah Aqil Faqihi Che Mohd Rahim, (2020) Kolumnis Tafsir Al-Quran majalah Pengasuh tahun 1953-2017. AKADEMIKA, 90 (3). pp. 173-183. ISSN 0126-5008
|
PDF
303kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298
Abstract
Pengajian Tafsir Al-Quran merupakan salah satu cabang ilmu agama yang berkembang pesat di dalam majalah Pengasuh sejak sebelum era kemerdekaan Tanah Melayu. Kemunculannya seawal tahun 1950an menjadikan ilmu ini sebagai salah satu ilmu agama yang paling lama bertahan di dalam majalah tersebut sejak ia pertama kali diterbitkan pada 11 Julai 1918. Walaubagaimanapun perkembangan penulisan tafsir ini gagal mendapat tempat di pentas perbincangan akademik menjadikan ilmu ini dan penulisnya kurang dikenali oleh masyarakat dan para sarjana Melayu. Dengan menggunakan kaedah analisis dokumen, penulisan ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci kronologi penulisan Tafsir Al-Quran di dalam majalah Pengasuh bermula dari tahun 1953 hingga tahun 2017 dengan dinyatakan siapakah kolumnis yang bertanggungjawab ke atas penulisan tersebut. Hasil kajian mendapati sepanjang 64 tahun pengajian Tafsir Al-Quran berlangsung, seramai 9 kolumnis tafsir telah terlibat, mereka ialah Hassan Haji Muhammad, KH Munawwar Khalil, Guru Muda, Dato’ Dr. Wan Hussein Azmi, M Iqbal, M.Zulni, Dato’ Yusoff Zaky, Roslan Abdul Ghani dan Abdul Hafiz Abdullah. Kesemua penulis ini telah meyumbangkan karya tafsir mereka di dalam majalah tersebut dengan pelbagai metode seperti tafsir bi al-Mathur, tafsir bi al-Ra’yi, tafsir bi Ilmi dan tafsir Maw’dui. Sumbangan kajian ini diharap dapat menaikkan kembali kolum Tafsir Al-Quran di dalam majalah Pengasuh bersesuaian dengan taraf ilmunya yang telah sekian lama menyumbang kepada masyarakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kolumnis; Tanah Melayu; Tafsir Al-Quran; Majalah Pengasuh; 1953-2017 |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17303 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Aug 2021 04:28 |
Last Modified: | 11 Aug 2021 04:24 |
Repository Staff Only: item control page