Penerokaan penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan pengajar TVET - satu kajian awal

Eliza Annis Thangaiah, and Ruzzakiah Jenal, and Jamaiah Yahaya, (2020) Penerokaan penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan pengajar TVET - satu kajian awal. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 5-18. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
542kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300

Abstract

Platform e-pembelajaran ialah satu teknologi yang digunakan di kebanyakan institut pengajian. Perkhidmatan yang disediakan melalui platform e-pembelajaran ialah satu alternatif kepada kaedah konvensional. Walau bagaimanapun, penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pengguna yang terdiri daripada pelajar dan pengajar sekolah di Malaysia masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Kajian sebelum ini juga banyak tertumpu kepada penggunaan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pengguna di sekolah sahaja. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan platform e-pembelajaran khususnya VLE Frog dalam kalangan pelajar dan pengajar di Kolej Vokasional (KV). KV merupakan salah satu institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia yang menawarkan pendidikan peringkat sijil dan diploma kemahiran kepada pelajar sekolah menengah tinggi. Kajian dijalankan menggunakan kaedah temu bual dalam talian melalui aplikasi WhatsApp bersama pelajar dan pengajar dan dikod mengikut tema dengan menggunakan NVIVO. Hasil temu bual menunjukkan kadar penggunaan e-pembelajaran adalah kurang memuaskan dan kurang nilai penggunaan. Pelajar masih bergantung kepada pengajar dalam menggunakan e-pembelajaran dan keperluan kolaborasi antara pengajar dan pelajar perlu wujud supaya pembelajaran dua hala berlaku bagi meningkatkan proses pembelajaran dan pemudahcaraaan (PdPc). Maka, hasil kajian ini digunakan bagi mengukuhkan pembangunan model e-pembelajaran berdasarkan Means-End-Chain (MEC) untuk mengenal pasti nilai kritikal dan struktur kognitif pelajar dan pengajar terhadap penggunaan sistem e-pembelajaran di KV. Kajian ini dijangka dapat memandu hala tuju KV ke arah transformasi digital melalui penggunaan e-pembelajaran yang aktif.

Item Type:Article
Keywords:E-pembelajaran; VLE Frog; TVET; Kolej Vokasional; Nilai
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17317
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2021 00:48
Last Modified:18 Aug 2021 07:51

Repository Staff Only: item control page