Kesahan kandungan instrumen pengukuran tingkah laku inovatif guru menggunakan kaedah nisbah kesahan kandungan (CVR)

Mohammed Afandi Zainal, and Mohd Effendi Ewan Mohd Matore, and Wan Norshuhadah W Musa, and Noor Hashimah Hashim, (2020) Kesahan kandungan instrumen pengukuran tingkah laku inovatif guru menggunakan kaedah nisbah kesahan kandungan (CVR). AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 43-54. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
396kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300

Abstract

Tingkah laku inovatif dalam persekitaran hari ini merupakan salah satu aspek penting dalam menjamin keupayaan inovasi dalam sesebuah organisasi. Walaupun terdapat beberapa instrumen pengukuran yang telah dibangunkan untuk menilai tingkah laku inovatif, namun instrumen yang mempunyai kesahan yang baik didapati masih kurang dan terhad. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji aspek kesahan kandungan instrumen pengukuran tingkah laku inovatif khusus untuk guru di Malaysia menggunakan kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) bagi memastikan instrumen pengukuran adalah sesuai untuk digunakan dalam konteks dan budaya tempatan. Kajian adalah berbentuk tinjauan soal selidik secara bertulis dan dalam talian. Sebelas orang pakar dalam bidang inovasi dipilih melalui teknik persampelan bertujuan yang terdiri daripada sembilan orang pakar profesional dan dua orang pakar lapangan yang masih aktif berkhidmat di Universiti Awam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Proses kesahan instrumen melibatkan 34 item daripada empat konstruk. Dapatan kuantitatif kajian mendapati instrumen mempunyai kesahan kandungan yang baik dengan 27 item mencapai tahap minimum nilai CVR (N=11, CVRkritikal= 0.636). Empat item yang tidak mencapai nilai minimum CVR akan ditambah baik manakala baki tiga item digugurkan dari instrumen. Keseluruhan 31 item yang kekal akan dimurnikan sebagai instrumen akhir. Dapatan kualitatif kajian mendapati instrumen adalah sesuai dan relevan serta mempunyai potensi untuk menjadi instrumen yang baik bagi mengukur tingkah laku inovatif dalam kalangan guru. Dicadangkan agar kajian rintis dijalankan dan data dianalisis menggunakan analisis statistik seperti Model Rasch agar item – item dapat dianalisis dengan lebih mendalam.

Item Type:Article
Keywords:Kesahan kandungan; Tingkah laku inovatif; Guru; Pakar; CVR
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17320
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2021 01:14
Last Modified:18 Aug 2021 07:54

Repository Staff Only: item control page