Komitmen dalam pengurusan kualiti di sekolah: konsep dan kerelevanannya

Bustang Baco, and Kadir Arifin, and Azahan Awang, (2020) Komitmen dalam pengurusan kualiti di sekolah: konsep dan kerelevanannya. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 72-83. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
305kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah memberikan fokus terhadap standard kualiti pendidikan antarabangsa dalam melaksanakan pembangunan pendidikan negara. Isu utama dalam melaksanakan pengurusan kualiti adalah sejauhmana pengurusan organisasi dapat memberi implikasi yang sangat kuat terhadap kejayaan pengurusan kualiti. Oleh itu artikel ini akan memberi penekanan terhadap komitmen sebagai elemen kayu pengukur dalam standard kualiti pendidikan. Elemen komitmen merupakan item yang sangat dipentingkan dalam pengurusan organisasi kerana kecenderungannya untuk mendorong kecemerlangan dan kualiti dalam organisasi akan dicapai. Dalam hal ini, faktor organisasi akan diberikan penekanan melalui perbincangan analisis kandungan yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji pengurusan dan kualiti dalam pembangunan pendidikan. Hasil dapatan daripada tinjauan kajian lepas mendapati wujud kepentingan dan kerelevanan penekanan terhadap komitmen di sekolah bagi memastikan sekolah mendapat manfaat daripada pelaksanaan sistem kualiti di sekolah. Dapatan awal mendapati terdapat beberapa sebab yang mendorong kepada keperluan komitmen dalam pengurusan kualiti di sekolah. Antaranya kualiti secara realitinya berkait rapat dengan konsep hubungan berbanding dengan matlamat yang hendak dicapai. Oleh itu konteks tanggungjawab kepengetuaan yang ditekankan dalam dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia didapati tidak mencukupi jika tidak dikaitkan dengan komitmen. Sehubungan itu, artikel ini akan menjawab keperluan dan kerelevanan komitmen pengetua dalam pengurusan kualiti di sekolah. Dapatan kajian berdasarkan tinjauan karya lepas menjelaskan bahawa komitmen sangat diperlukan bagi memastikan sekolah mendapat manfaat daripada pelaksanaan pengurusan kualiti di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Komitmen; Pengetua; Kualiti; Sistem kualiti; Relevan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17322
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2021 02:05
Last Modified:18 Aug 2021 07:56

Repository Staff Only: item control page