Kesediaan guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, sikap dan pengalaman mengajar

Nur Fatahiyah Mohamed Hata, and Siti Nur Diyana Mahmud, (2020) Kesediaan guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, sikap dan pengalaman mengajar. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 85-101. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
405kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300

Abstract

Guru merupakan pelaksana utama dan menjadi peranan yang penting untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan STEM di peringkat sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru-guru Sains dan Matematik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan STEM. Kajian ini adalah kajiankuantitatif yang menggunakan rekabentuk tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik. 58 orang guru-guru sekolah rendah kebangsaan yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik di sekitar Petaling Utama, Selangor telah dipilih menjadi sampel kajian. Data telah dianalisis secara deskriptif dan ujian inferensi korelasi Pearson juga dijalankan. Analisis data dijalankan dengan penggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesediaan guru untuk melaksanakan pendidikan STEM dengan tahap pengetahuan dan sikap guru tentang pendidikan STEM. Walaubagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru dengan pengalaman mengajar. Implikasi dapatan kajian ini adalah, pihak pentadbiran sekolah dapat menilai kekuatan dan kelemahan guru melalui profil tahap kesediaan guru dan seterusnya merangka strategi yang sesuai. Dengan pemantapan kemahiran dan pengetahuan STEM, sikap dan keyakinan guru dalam pelaksanaan STEM ini akan menjadi lebih ke arah positif. Seterusnya, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada para guru sains untuk mencapai standard pengetahuan dan kefahaman kurikulum STEM. Kesimpulannya, pengetahuan dan sikap guru yang tinggi tentang pendidikan STEM akan menjadikan guru lebih bersedia melaksanakan pendidikan STEM. Kursus atau latihan perlu diberi secara berterusan kepada guru sains dan matematik untuk memastikan mereka sentiasa didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan sikap yang positif berkaitan dengan pendidikan STEM.

Item Type:Article
Keywords:Kesediaan guru; STEM; Sikap; Pengetahuan; Pengalaman mengajar
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17323
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2021 02:12
Last Modified:18 Aug 2021 07:58

Repository Staff Only: item control page