Kho, Ai Peng and Mohd Asri Mohd Noor, and Nor Azrin Md Latip, (2020) Pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik pelajar bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut Matang dan Selama, Perak. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 115-130. ISSN 0126-5008
|
PDF
428kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300
Abstract
Teori kecerdasan pelbagai dibangunkan oleh Gardner memperlihatkan setiap manusia mempunyai kecerdasan pelbagai. Teori ini telah mengakui setiap individu mempunyai kekuatan yang perlu dicungkil agar berjaya dalam kehidupan. Maka kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut, Matang dan Selama (LMS), Perak. Kajian ini melibatkan 291 orang responden yang terdiri daripada lapan buah sekolah menengah di bahagian LMS yang menawarkan subjek Pengajian Perniagaan kepada pelajar tingkatan enam. Kajian ini menggunakan persampelan secara rawak. Instrumen yang digunakan adalah berasaskan Multiple Intelligences Test yang dibangunkan oleh Gardner yang mempunyai lapan domain kecerdasan pelbagai. Antaranya domain kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis. Data dianalisis dengan menggunakan ujian regresi pelbagai. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat empat domain kecerdasan pelbagai yang mempunyai pengaruh terhadap pencapaian akademik iaitu domain kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang dan kecerdasan interpersonal. Hasil kajian juga turut menunjukkan terdapat empat domain kecerdasan pelbagai yang tidak signifikan terhadap pencapaian akademik subjek pengajian Perniagaan iaitu kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis. Secara keseluruhannya, hasil kajian juga menunjukkan kecerdasan pelbagai memberi impak positif dalam kalangan pelajar dari segi mengenal pasti kekuatan diri sendiri, memperkembangkan potensi diri, berfikir secara kritis serta membina modal insan yang unggul seterusnya mendorong pencapaian akademik yang cemerlang. Kesimpulannya, kecerdasan pelbagai memberi implikasi membimbing guru mempraktikkan pengajaran pelbagai dalam pelbagai kaedah agar mencungkil potensi pelajar dalam pencapaian akademik subjek Pengajian Perniagaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kecerdasan pelbagai; Pencapaian akademik; Domain verbal linguistik; Domain interpersonal; Domain visual ruang |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17325 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Aug 2021 02:29 |
Last Modified: | 18 Aug 2021 08:00 |
Repository Staff Only: item control page