Tang, Lai Shin and Manisah Mohd Ali, (2020) Kesan nomofobia terhadap estim kendiri murid-murid berkeperluan khas. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 131-143. ISSN 0126-5008
|
PDF
335kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan mengenalpasti tahap nomofobia dan tahap estim kendiri serta kesan nomofobia terhadap estim kendiri dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas di Malaysia. Kebergantungan terhadap telefon pintar telah menyebabkan pelbagai gangguan psikologi, antaranya nomofobia. Nomofobia merupakan ketakutan dan kebimbangan yang dialami oleh seseorang individu semasa ketiadaan telefon pintar. Nomofobia turut dialami oleh murid-murid sekolah menengah, termasuklah murid berkeperluan khas. Bagi mendalami perhubungan ini dari aspek murid berkeperluan khas, soal selidik telah diedarkan kepada 285 orang murid berkeperluan khas. Penganalisisan data terhadap tahap nomofobia dan tahap estim kendiri telah dilaksanakan melalui statistik deskriptif menggunakan nilai min dan sisihan piawai. Statistik inferensi melalui ujian korelasi Spearman rho pula digunakan untuk menganalisis korelasi antara tahap nomofobia dengan tahap estim kendiri. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid berkeperluan khas mengalami nomofobia pada tahap sederhana (M=2.73, SP=.412) dan mempunyai estim kendiri yang tinggi (M=2.72, SP=.266). Kajian ini mendapati wujud korelasi positif yang signifikan tetapi rendah antara tahap nomofobia dan tahap estim kendiri murid-murid berkeperluan khas (rs =.210, n=285, p<0.05). Dapatan ini memberi implikasi positif dari segi penggunaan telefon pintar dalam meningkatkan estim kendiri murid-murid berkeperluan khas melalui aplikasi-aplikasi yang menyokong keperluan khas mereka. Aplikasi-aplikasi seperti instant messaging dan media sosial pula dapat menginklusifkan mereka dalam masyarakat yang seterusnya menyokong perkembangan estim kendiri yang lebih positif. Penggunaan telefon pintar bawah pemantauan daripada ibu bapa dan komuniti adalah penting agar peranti ini tidak disalahgunakan oleh murid-murid berkeperluan khas.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Estim kendiri; Kesan; Murid berkeperluan khas; Nomofobia; Telefon pintar |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17326 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Aug 2021 02:36 |
Last Modified: | 18 Aug 2021 08:02 |
Repository Staff Only: item control page