Nurul Atiqah Nizam, and Roslinda Rosli, (2020) Pengetahuan isi kandungan khusus dan efikasi kendiri guru sekolah rendah dalam pengajaran topik pecahan. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 145-154. ISSN 0126-5008
|
PDF
332kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300
Abstract
Efikasi kendiri memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi Pengetahuan Isi Kandungan Khusus (PIKK) guru matematik. Malah, PIKK yang kukuh mampu memberikan keupayaan kepada guru dalam mengorganisasikan sesi pengajaran dan pembelajaran ke suatu peringkat yang lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan perbezaan PIKK dan efikasi kendiri guru sekolah rendah dalam pengajaran topik pecahan berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Kajian tinjauan ini melibatkan 209 orang guru matematik sekolah rendah di daerah Seremban yang menggunakan pensampelan rawak berperingkat iaitu rawak berstrata dan berkelompok. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang telah diadaptasi bagi mengukur konstruk PIKK dan Efikasi Kendiri yang berfokuskan pengajaran guru sekolah rendah dalam topik pecahan. Hasil analisis ujian inferensi ANOVA dua hala mendapati, tiada kesan interaksi antara faktor lokasi sekolah dan pengalaman mengajar terhadap skor PIKK dan Efikasi Kendiri. Namun terdapat perbezaan PIKK dan efikasi kendiri guru yang signifikan dalam pengajaran topik pecahan berdasarkan faktor lokasi sekolah dan pengalaman mengajar secara berasingan. Keputusan ujian perbandingan berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan skor PIKK dan Efikasi Kendiri yang signifikan berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar bagi kategori umur 5-10 tahun dengan 17 tahun ke atas. Implikasinya, penambahbaikan terhadap aktiviti dan perancangan terhadap program pembangunan profesionalisme guru dapat dilaksanakan sebagai satu usaha dalam memastikan efikasi kendiri guru dapat dipertingkatkan ke suatu tahap yang lebih cemerlang. Hal ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan guru yang komited dan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam PIKK dan akhirnya dapat merungkai kurikulum matematik dengan lebih baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan matematik; Pecahan; Pedagogi matematik; Sekolah rendah; Efikasi kendiri |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17327 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Aug 2021 02:43 |
Last Modified: | 18 Aug 2021 08:03 |
Repository Staff Only: item control page