Nor Hazwni Halim, and Sheerad Sahid, (2020) Kemahiran kesediaan kerja, efikasi kendiri, tingkah laku keusahawanan dan eksplorasi kerjaya dalam kalangan graduan. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 155-165. ISSN 0126-5008
|
PDF
289kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300
Abstract
Isu pengangguran sering diperkatakan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia turut menghadapi isu pengangguran dalam kalangan graduan.Situasi ini berlaku mungkin disebabkan graduan kurang memberi perhatian serta tidak menunjukkan minat dan usaha dalam meningkatkan kemahiran kesediaan kerja semasa mengikuti pengajian di universiti.Justeru, kajian ini menguji kesan regresi kemahiran kesediaan kerja terhadap efikasi kendiri, serta kesan regresi efikasi kendiri terhadap tingkah laku keusahawanan dan eksplorasi kerjaya dalam kalangan graduan universiti. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan melalui borang soal selidik.Data bagi sampel kajian diperoleh daripada 197 responden yang dikutip menggunakan kaedah bersemuka dan secara atas talian. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 21) digunakan untuk melakukan analisis deskriptif dan analisis regresi. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran kesediaan kerja mempunyai pengaruh yang signifikanterhadap efikasi kendiri graduan.Dapatan juga menunjukkan efikasi kendiri mempunyai pengaruh yang signifikanterhadap tingkah laku keusahawanan dan juga eksplorasi kerjaya.Kajian ini hanya tertumpu kepada faktor kemahiran sedia ada yang dimilikioleh graduan universiti dalam meningkatkan efikasi kendiri, yang seterusnya mempengaruhi tingkah laku keusahawanan dan eksplorasi kerjaya. Oleh itu, kajian akan datang perlu melihat kepada faktor-faktor luaran atau faktor persekitaran pelajar yang mungkin akan membantu meningkatkan efikasi kendiri graduan terhadap eksplorasi kerjaya dan tingkah laku keusahawanan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemahiran kesediaan kerja; Efikasi kendiri; Tingkah laku keusahawanan; Eksplorasi kerjaya; Kebolehpasaran graduan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17328 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Aug 2021 02:50 |
Last Modified: | 18 Aug 2021 08:04 |
Repository Staff Only: item control page