Nor Azlin Ibrahim, and Mohd Izham Mohd Hamzah, and Jamalul Lail Abdul Wahab, (2020) Kepimpinan transformasional : hubungan serta peramal kepada amalan komuniti pembelajaran professional. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 1-16. ISSN 0126-5008
|
PDF
237kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) guru di sekolah menengah berprestasi tinggi di negeri Selangor. Selain itu kajian ini juga melihat hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua dengan amalan komuniti pembelajaran profesional guru. Sampel adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi (SBT) di Selangor iaitu seramai 150 orang. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik digunakan sebagai instrumen. Ujian min digunakan untuk statistik deskriptif dan analisis korelasi dan kaedah ‘bootsraping’ bagi statistik inferensi. Dapatan kajian mendapati tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua adalah tinggi sementara amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) adalah sangat tinggi. Seterusnya kajian menunjukkan hubungan kepimpinan transformasional dengan amalan komuniti pembelajaran profesional adalah sangat tinggi (r= .769**, p<0.01) dan dimensi merangsang intelek merupakan peramal yang dominan terhadap KPP. Dengan ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang berkesan iaitu kepimpinan transformasional dapat memberi impak kepada amalan komuniti pembelajaran profesional dan ini perlu di terapkan di semua sekolah bagi menghasilkan guru yang berkualiti dan menjadikan sekolah yang cemerlang dan terbilang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kepimpinan transformasional; Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP); Pengaruh yang ideal; Merangsang intelek; Inspirasi motivasi ; Pertimbangan individu |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17330 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Aug 2021 03:03 |
Last Modified: | 18 Aug 2021 08:07 |
Repository Staff Only: item control page