Analisis keperluan pembangunan model kurikulum identiti korporat silang bagi Program Seni Reka Grafik

Nik Narimah Nik Abdullah, and Nurfaradilla Mohamad Nasri, and Muhammad Helmi Norman, and Juritah Misman, (2020) Analisis keperluan pembangunan model kurikulum identiti korporat silang bagi Program Seni Reka Grafik. AKADEMIKA, 90 (3(SI)). pp. 189-201. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
325kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300

Abstract

Analisis keperluan merupakan salah satu fasa terpenting pengumpulan data dan maklumat untuk di analisis secara sistematik bagi memberi input terhadap keperluan pembangunan sesebuah kurikulum yang mampan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan untuk membangunkan model kurikulum identiti korporat silang budaya bagi Program Seni Reka Grafik di peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Fasa analisis keperluan ini, melibatkan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap 12 orang peserta kajian yang terdiri daripada 10 orang pensyarah yang mengajar dalam Program Seni Reka Grafik di Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan 2 orang pereka grafik yang berpengalaman dalam menghasilkan rekaan grafik di sektor awam. Data daripada temu bual bersama peserta kajian telah ditranskrip dan dianalisis secara tematik. Tiga tema utama yang telah dikenal pasti iaitu (1) rekaan bercirikan identiti budaya tempatan, (2) kurikulum berasaskan silang budaya dan (3) pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan majoriti peserta kajian menyarankan agar model kurikulum identiti korporat silang budaya bagi Program Seni Reka Grafik dibangunkan. Menurut peserta kajian, keperluan silang budaya dalam bidang pendidikan seni reka grafik adalah untuk memberi ruang penerokaan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan rekaan bercirikan identiti tempatan agar kelihatan unik dan kreatif. Dapatan kajian memberi indikator penting kepada kajian seterusnya yang melibatkan fasa pembangunan dan reka bentuk model kurikulum identiti korporat berasaskan silang budaya dalam Program Seni Reka Grafik.

Item Type:Article
Keywords:Analisis keperluan; Silang budaya; Seni reka grafik; Kurikulum; Kreatif
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17331
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2021 03:09
Last Modified:18 Aug 2021 08:08

Repository Staff Only: item control page