Siti Hajar Jamal, and Nasrudin Subhi, and Salleh Amat, (2021) Pengetahuan kaunselor dalam memahami klien gay dan lesbian. AKADEMIKA, 91 (2). pp. 3-15. ISSN 0126-5008
|
PDF
283kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1410
Abstract
Kompetensi adalah satu aspek penting dalam menjamin tahap profesionalisme seseorang kaunselor. Kompetensi kaunselor dinilai berdasarkan tiga aspek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kaunselor yang kompeten perlu mempunyai pengetahuan yang fleksibel, realistik, dan berpandangan luas dalam sesi kaunseling. Justeru, objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh manakah pengetahuan yang dikuasai oleh kaunselor dalam mengendalikan kes gay dan lesbian. Metodologi kajian yang digunakan ialah secara kualitatif melalui teknik persampelan bertujuan. Seramai 15 orang peserta kajian yang terdiri daripada kaunselor berdaftar telah ditemu bual secara mendalam. Kesemua mereka berpengalaman mengendalikan sesi kaunseling dengan klien gay dan lesbian. Data dianalisis dengan cara meneliti trankripsi rakaman temu bual dan mengenal pasti tema pengetahuan yang muncul berdasarkan objektif kajian dengan bantuan program Nvivo 11. Sebanyak lima sub tema utama telah dikenal pasti: (i) pengetahuan aspek teori dan psikologi, (ii) maklumat latar belakang isu gay dan lesbian, (iii) identiti dan istilah, (vi) kesihatan mental dan (v) kaunseling silang budaya. Kesimpulannya seorang kaunselor perlu berpengetahuan luas bukan sahaja dalam bidang kaunseling malah turut berpengetahuan dalam isu-isu yang melibatkan golongan gay dan lesbian. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan seseorang kaunselor sekiranya mahu memberikan perkhidmatan kaunseling kepada golongan gay dan lesbian. Selain itu, dapatan kajian diharap dapat membantu pendidik di bidang kaunseling agar kaunselor yang dilatih lebih kompeten dalam mengendalikan isu gay dan lesbian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan; Kompetensi; Kaunselor; Memahami klien gay; Lesbian |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 17333 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Aug 2021 01:08 |
Last Modified: | 23 Aug 2021 00:44 |
Repository Staff Only: item control page