Kerukunan hidup melalui dialog kehidupan: kajian kes di taman perumahan di Kuala Terengganu

Azarudin Awang, and Azman Che Mat, and Mohammad Kamari Taib, and Noor Hasyimah Sulaiman, and Wahairi Mahmud, (2021) Kerukunan hidup melalui dialog kehidupan: kajian kes di taman perumahan di Kuala Terengganu. AKADEMIKA, 91 (2). pp. 60-68. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
251kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1410

Abstract

Hubungan interaksi antara agama sering kali dibayangi dengan kecenderungan terhadap persepsi yang negatif dalam kalangan masyarakat multi-etnik dan agama. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat persepsi amalan kerukunan agama dalam kalangan masyarakat Cina di negeri Terengganu yang tinggal di kawasan perumahan. Data yang diperolehi adalah melalui kaedah kualitatif iaitu temu bual ke atas lima belas orang komuniti yang tinggal di taman perumahan Padang Midin, Kuala Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa maklumat awal tentang agama Islam komuniti Cina Terengganu banyak diperolehi melalui dialog kehidupan yang berlaku antara komuniti Cina bukan Muslim dengan masyarakat Melayu Muslim. Hasil kajian mendapati persepsi kerukunan hidup di taman perumahan merangkumi persepsi positif dan negatif. Persepsi komuniti Cina dari aspek positif terhadap amalan kerukunan agama masyarakat Muslim di kawasan taman ialah seperti jujur, suka membantu dan memberi buah tangan. Manakala dari aspek negatif, antara amalan yang membantut proses kerukunan hidup beragama ialah gangguan dan cacian khususnya dalam kalangan remaja Melayu Muslim yang tinggal di kawasan perumahan. Melalui kerukunan hidup beragama melalui dialog kehidupan, komuniti Cina banyak mengetahui sesuatu yang baru dalam agama Islam sekaligus sedikit sebanyak membetulkan semula streotaip negatif mereka terhadap agama itu. Hasil kajian ini penting kerana dapat mendedahkan tentang cabaran sebenar yang dihadapi dalam memastikan kelestarian kehidupan yang aman dan rukun di taman-taman yang didiami oleh pelbagai etnik.

Item Type:Article
Keywords:Kerukunan; Dialog kehidupan; Taman perumahan; Komuniti Cina; Hubungan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17337
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Aug 2021 01:44
Last Modified:23 Aug 2021 00:53

Repository Staff Only: item control page