Reaksi masyarakat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan wabak Covid-19

Nur Hafizah Yusoff, and Muhammad Ridhwan Sarifin, (2021) Reaksi masyarakat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan wabak Covid-19. AKADEMIKA, 91 (2). pp. 69-78. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
550kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1410

Abstract

COVID-19 telah diisytiharkan sebagai satu pandemik kesihatan. Ia secara tidak langsung bukan sahaja memberikan kesan terhadap kesihatan seseorang individu yang dijangkiti bahkan ia boleh mengancam kepupusan di sesebuah negara jika tidak diatasi dengan cepat dan bijak. Penjarakkan sosial sepertimana diwar-warkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan salah satu pencegahan kesihatan awam yang berkesan dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Justeru itu, artikel ini menilai mengenai reaksi masyarakat serta kepatuhan masyarakat terhadap PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini dilaksanakan ketika PKP berada di fasa ketiga. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai kaedah utama iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian menggunakan google form. Seramai 959 orang responden telah menjawab soal selidik ini. Dapatan utama kajian mendapati majoriti responden memberikan reaksi positif terhadap arahan PKP yang telah dikeluarkan. Dari segi kepatuhan pula, majoriti responden turut menyatakan kepatuhan mereka terhadap PKP. Namun demikian, didapati antara sebab kepatuhan ini adalah disebabkan oleh visibility pihak berkuasa yang ditempatkan di seluruh negara. Adalah lebih baik jika kesemua rakyat negara ini mematuhi PKP kerana ‘self internalization’ mengenai kesedaran perlunya mematuhi PKP, iaitu memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dihapuskan daripada membimbangi akibat seandainya ditangkap oleh pihak berkuasa. Keseluruhannya, masyarakat mengambil cakna terhadap arahan PKP dan pihak kerajaan juga sudah semakin melonggarkan arahan PKP dengan memperkenalkan kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menekankan kepada kawalan kendiri anggota masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Penjarakkan sosial; Reaksi masyarakat; Interaksi sosial; COVID-19; Perintah kawalan pergerakan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17338
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Aug 2021 01:49
Last Modified:23 Aug 2021 00:54

Repository Staff Only: item control page