Sains Tauhidik: kolaborasi ilmu antara al-Qur’an dan sains moden

Ahmad Yunus Mohd Noor, and Asmilyia Mohd Mokhtar, (2021) Sains Tauhidik: kolaborasi ilmu antara al-Qur’an dan sains moden. AKADEMIKA, 91 (2). pp. 167-176. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
230kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1410

Abstract

Pada era globalisasi kini, dunia pesat berkembang diterajui oleh perkembangan sains dan teknologi. Natijah dari itu, perkembangan pesat ini membawa banyak permasalahan- dan isu terkini yang menuntut ahli agama dan ahli saintis untuk duduk bersama mencari jalan dan cara-cara yang terbaik bagi menangani perkembangan ini. Justeru itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti titik pertemuan antara ilmu berorientasikan agama dan sains supaya kedua-dua pihak sekaligus dapat mewujudkan kerjasama yang erat demi kebaikan masyarakat keseluruhannya. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Data-data yang dikumpulkan dari bahan bacaan dianalisis bagi mendapatkan hasil kajian. Hasil daripada kajian ini membuktikan bahawa terdapat kaitan dan hubungan di antara ilmu yang terdapat dalam al-Qur’an serta ilmu sains moden. Ini menunjukkan bahawa tiada percanggahan fakta mahupun pandangan antara ilmu agama dan ilmu sains malahan sains tauhidik merupakan ilmu baru hasil daripada kombinasi dua cabang ilmu tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Sains; Tauhidik; Kolaborasi; Al-Qur’an; Sains moden
Journal:AKADEMIKA
ID Code:17346
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Aug 2021 03:35
Last Modified:23 Aug 2021 01:12

Repository Staff Only: item control page