Mohd Shafian Shafiee, and Chew, Cheng Meng and Munirah Ghazali, (2021) Impak pendekatan konkrit-gambar-abstrak berbantukan kajian pengajaran kolaboratif terhadap profisiensi murid Tahun Empat dalam topik luas. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46 (1). pp. 1-14. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
351kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1400
Abstract
Kajian Pengajaran Kolaboratif (CLR) adalah penambahbaikan kepada Lesson Study bagi meningkatkan kecekapannya. Kajian ini bertujuan untuk menilai sama ada pendekatan konkrit-gambar-abstrak (KGA) yang dibina berdasarkan kitaran CLR dapat memberi impak positif terhadap profisiensi murid Tahun Empat dalam topik luas. Reka bentuk kajian adalah counterbalanced dengan ujian pra dan pasca diberikan pada setiap kitaran CLR. Sampel kajian adalah terdiri daripada 115 orang murid yang dipilih melalui pensampelan rawak berkelompok dan dibahagikan kepada tiga kumpulan bersama tiga orang guru. Ujian-t sampel berpasangan dijalankan bagi menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca bagi setiap kitaran CLR yang terlibat, manakala ujian ANOVA satu hala dijalankan untuk menganalisis sekiranya terdapat peningkatan min skor profisiensi daripada kitaran CLR pertama, kedua, dan ketiga. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan min skor ujian pasca berbanding min skor ujian pra, serta perbezaan yang siginifikan antara min skor antara kitaran CLR pertama, kedua, dan ketiga. Kesimpulannya, kitaran CLR yang dijalankan membantu guru dalam membentuk rancangan pengajaran yang lebih baik berdasarkan pendekatan KGA, di samping meningkatkan profisiensi murid dan kemahiran guru dalam topik luas. Implikasinya, kajian ini memberikan pendedahan berkaitan amalan CLR dalam kajian dalam meningkatkan profesionalisme guru.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendekatan konkrit-gambar-abstrak; Collaborative lesson research; Profisiensi murid Tahun Empat dalam topik luas |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 17347 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Aug 2021 00:37 |
Last Modified: | 23 Aug 2021 01:53 |
Repository Staff Only: item control page