Persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan iklim sekolah

Fatin Rabia’tul Adawiyah Mohammed Fareed, (2021) Persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan iklim sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46 (1). pp. 15-24. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
230kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1400

Abstract

Gaya kepimpinan merupakan salah satu aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap guru besar, di mana ia dapat mempengaruhi suasana atau iklim bagi warga sekolah. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap gaya kepimpinan yang dominan diamalkan oleh guru besar dan hubungannya dengan iklim sekolah di sekolah-sekolah agama gunasama di Brunei. Soal selidik digunakan dalam mengumpulkan data, dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Seramai 108 orang guru agama daripada sepuluh buah sekolah agama gunasama di Daerah Brunei dan Muara terlibat sebagai sampel. Hasil kajian mendapati bahawa gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh guru-guru besar ialah gaya kepimpinan demokratik, diikuti dengan gaya kepimpinan autokratik dan laissez-faire. Manakala ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa hanya gaya kepimpinan demokratik yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan iklim sekolah. Implikasinya, menurut persepsi guru-guru agama, guru-guru besar di sekolah agama gunasama hendaklah mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dan mengurangkan penggunaan gaya kepimpinan autokratik dan laissez-faire dalam rangka mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan positif.

Item Type:Article
Keywords:Gaya kepimpinan; Iklim sekolah; Guru besar; Guru agama; Sekolah agama gunasama
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:17348
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2021 00:47
Last Modified:23 Aug 2021 02:01

Repository Staff Only: item control page