Ahmad Azmi Mohd Ariffin, (1999) Motivasi dan implikasi pemasaran pelancongan ke pulau peranginan di kalangan segmen eksekutif muda. Jurnal Pengurusan, 18 . ISSN 0127-2713
PDF
Restricted to Repository staff only 7MB |
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jurus.htm
Abstract
Kajian awal ini cuba mengenalpasti faktor motivasi dwi-dimensi ‘Tolakan-Tarikan’ di kalangan para pelancong golongan eksekutif muda tempatan untuk melancong ke pulau-pulau peranginan tempatan. Perbandingan antara eksekutif di sektor kerajaan dan swasta juga dilihat bagi menentukan arah aliran strategi pemasaran yang sesuai. Kajian ini yang melibatkan responden seramai 160 orang dengan menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengutipan data mendapati faktor tolakan yang terpenting adalah faktor ‘kerehatan’ diikuti oleh ‘pengetahuan dan pengalaman’ dan ‘status social dan ego-diri’. Tiga faktor daya tarik atau tarikan yang terpenting pula adalah ‘persekitaran semulajadi’, ‘keselesaan’ dan ‘kemudahan rekreasi’. Terdapat perbezaan yang agak ketara di antara segmen eksekutif kerajaan dan swasta. Eksekutif kerajaan lebih mementingkan faktor ‘pengetahuan dan pengalaman’ berbanding eksekutif swasta yang lebih kepada motif ‘kerehatan’. Begitu juga dengan faktor motivasi tarikan di mana eksekutif kerajaan lebih menitikberatkan aspek ‘persekitaran semulajadi’ manakala eksekutif swasta lebih mengutamakan faktor ‘keselesaan’ dalam percutian mereka. Hasil kajian serta implikasi pemasaran yang dirumuskan dapat membantu pihak pemasar pelancongan pulau yang ingin mensasarkan perkhidmatan mereka kepada segmen eksekutif muda. Konsep ‘percutian pasif’ adalah efektif untuk eksekutif swasta manakala konsep ‘percutian aktif’ pula untuk eksekutif kerajaan
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 1736 |
Deposited By: | Ms. Nor Ilya Othman |
Deposited On: | 10 Jun 2011 01:41 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:30 |
Repository Staff Only: item control page