Hubungan Qasas al-Qur’an dengan pendekatan dakwah: tumpuan terhadap pemikiran tafsir Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Muhammad Khairi Abdul Azib, and Haziyah Hussin, (2021) Hubungan Qasas al-Qur’an dengan pendekatan dakwah: tumpuan terhadap pemikiran tafsir Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (1). pp. 1-9. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
653kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Qasas al-Quran merupakan kandungan al-Quran yang berkaitan dengan penceritaan al-Quran tentang hal ehwal umat terdahulu dan kisah-kisah nabi serta peristiwa yang telah berlaku atau berlaku semasa nuzul al-Quran atau peristiwa yang akan terjadi selepas zaman Nabi SAW. Allah SWT membentangkan qasas al-Qur’an bertujuan untuk mengemukakan pengajaran-pengajaran yang dapat diteladani oleh umat Islam dalam konteks semasa. Kertas kerja ini memberi fokus kepada pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap qasas al-Quran sebagai salah satu sumber dakwahnya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan menerusi analisis dokumen terhadap rakaman-rakaman tafsir dan beberapa buah buku tafsir Abdul Hadi Awang yang telah diterbitkan. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Kajian ini mendapati Abdul Hadi Awang menjadikan qasas al-Quran sebagai sumber pemikiran dakwahnya. Pemikirannya terhadap qasas al-Qur’an dalam dakwah dapat dibahagikan kepada dua iaitu mengeluarkan pengajaran dan menghubungkannya dengan isu semasa. Implikasi kajian ini ialah pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap qasas al-Quran memberi impak kepada penyebaran dakwah dalam jalur politik yang diterajuinya.

Item Type:Article
Keywords:Abdul Hadi Awang; Pemikiran dakwah; Politik; Qasas Al-Qur’an; Tafsir Haraki
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:17369
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Aug 2021 01:23
Last Modified:27 Aug 2021 02:33

Repository Staff Only: item control page