Bidang jihad bagi wanita menurut perspektif Amina Wadud

Shahidatul Ashikin Shahran, and Najah Nadiah Amran, and Latifah Abdul Majid, (2021) Bidang jihad bagi wanita menurut perspektif Amina Wadud. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (1). pp. 10-17. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
384kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh pengkaji barat ketika meneroka tentang konsep jihad menurut Islam. Kepelbagaian ini memberikan natijah kepada wujudnya perbezaan pandangan mengenai erti dan bidang-bidang jihad yang sebenarnya. Artikel ini bertujuan membahaskan bidang jihad bagi wanita menurut perspektif Amina Wadud yang menggunakan pengalaman hidupnya dan pendekatan feminisme sebagai kerangka konsep dalam mendalami bidang ini. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berbentuk analisis dokumen dengan merujuk kepada karyanya yang bertajuk ‘Inside the Gender Jihad Womens Reform in Islam’. Amina Wadud bertegas bahawa budaya patriarki yang diamalkan sejak dahulu telah menindas dan meminggirkan wanita dari memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara, justeru beliau telah mengepalai solat Jumaat dan membaca khutbah. Pengalaman tersebut membentuk diri beliau untuk melihat peranan wanita dan sumbangan mereka dari perspektif pembebasan dari budaya yang dikatakan mengongkong wanita Islam. Artikel ini menyenaraikan empat daripada lapan bidang jihad bagi wanita yang ditampilkan dalam karya beliau iaitu wanita berjihad menerusi (a) perlaksanaan peranan dalam keluarga khususnya mereka dalam kalangan ibu tunggal, (b) peranan sebagai pekerja di sektor pekerjaan, (c) wanita menjadi ketua dalam urusan agama seperti menjadi imam dan juga (d) menerusi penglibatan bidang pendidikan serta penyelidikan. Kajian mencadangkan agar dilakukan kajian perbandingan yang konprehensif meninjau perspektif pengkaji-pengkaji barat dan timur mengenai konsep dan bidang jihad bagi golongan wanita.

Item Type:Article
Keywords:Amina Wadud; Bentuk jihad bagi wanita; Sistem patriarki; Wanita Islam
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:17370
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Aug 2021 01:29
Last Modified:27 Aug 2021 02:36

Repository Staff Only: item control page