Konsep tasfiah akidah, fiqah dan hadis dalam Islam: asas, keutamaan dan kepentingannya

Idris Sulaiman, and Aminudin Basir@Ahmad, and Mohamad Sabri Haron, and Zakaria Stapa, and Fadlan Mohd Othman, and Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi, (2021) Konsep tasfiah akidah, fiqah dan hadis dalam Islam: asas, keutamaan dan kepentingannya. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (1). pp. 25-32. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
484kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Syeikh al-Albani merupakan ulama pertama yang mempopularkan konsep tasfiah dalam dakwah. Menurut beliau, tasfiah merupakan antara metode yang sepatutnya dijadikan sebagai asas beragama oleh seluruh kaum Muslimin bagi mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar sejajar dengan apa yang dibawakan oleh Nabi SAW. Artikel ini membahaskan sejauh mana konsep tasfiah beliau ini selari dengan Agama di samping keutamaan dan kepentingan ia dilaksanaan dalam ketiga-tiga bidang utama Agama iaitu akidah, fiqah dan hadis. Melalui kaedah kajian kualitatif dan pendekatan analisis dokumen, kajian menunjukkan bahawa istilah tasfiah tidak digunakan secara spesifik dalam Al-Quran atau hadis tetapi konsepnya terangkum dalam erti menjalankan kewajipan dakwah yang diperintahkan dalam Al-Quran dan hadis. Ia juga termasuk dalam erti melaksanakan kewajipan memberi nasihat serta perintah amar makruf dan nahi mungkar yang banyak terdapat dalam nas-nas Al-Quran dan hadis. Pelaksanaan konsept tasfiah dalam bidang akidah, fiqah dan hadis sangat penting dan tidak boleh diabaikan oleh para ilmuwan Islam kerana ia berfungsi sebagai ‘anti-virus’ bagi memurnikan Agama Islam daripada perkara-perkara asing yang telah menyusup masuk ke dalamnya dan mengekalkan keaslian dan ketulenan ajaran Islam sebagaimana mana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Impak kajian ini menunjukkan keperluan pelaksanaan konsep tasfiah akidah, fiqah dan hadis dalam semua peringkat pengajian Agama sama ada secara formal atau tidak formal bagi mendepani pencemaran yang berlaku dalam ketiga-tiga bidang Agama tersebut kesan daripada penularan fahaman-fahaman sesat, kecenderungan taklid dan taasub mazhab serta penyebaran hadis-hadis daif dan maudhuk.

Item Type:Article
Keywords:Syeikh al-Albani; Tasfiah; Dakwah; Hadis
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:17372
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Aug 2021 01:42
Last Modified:27 Aug 2021 02:43

Repository Staff Only: item control page