Kesan latihan silang budaya terhadap tanggapan kawalan dan sikap silang budaya

June M. L. Poon, and Rohaya Abdul Ghani, and Rasidah Arshad, (2000) Kesan latihan silang budaya terhadap tanggapan kawalan dan sikap silang budaya. Jurnal Pengurusan, 19 . ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

9MB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jurus.htm

Abstract

Kesan interaksi antara kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran terhadap hasil pembelajaran telah ditemui dalam beberapa kajian. Namun, masih kurang jelas kenapa pembelajaran lebih berkesan apabila kaedah pengajaran sepadan dengan gaya pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pembolehubah proses bagi menjelaskan fenomena tersebut. Keberkesanan sesuatu program latihan silang budaya juga dinilai. Peserta kajian terdiri daripada 123 pelajar MBA yang dibahagikan menjadi dua kumpulan secara rawak. Peserta dilatih dengan menggunakan kaedah didaktik dan kaedah pengalaman. Data demografi, gaya pembelajaran, dan sikap silang budaya dikutip sebelum latihan dijalankan. Ukuran-ukuran selepas latihan pula ialah sikap silang budaya dan penilaian pelatih mengenai latihan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelatih melaporkan sikap silang budaya yang lebih positif selepas latihan dan kesan pemadanan gaya pembelajaran dan kaedah latihan terhadap sikap silang budaya dapat diterangkan melalui persepsi tentang kawalan. Implikasi dapatan-dapatan ini dan cadangan penyelidikan turut dibincangkan

Item Type:Article
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:1739
Deposited By: Ms. Nor Ilya Othman
Deposited On:10 Jun 2011 03:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:30

Repository Staff Only: item control page