Penilaian sistem suntikan gas biohidrogen menerusi tetapan arduino menggunakan kultur mikroalga tempatan melalui kaedah fermentasi fotosintesis dan gelap

Kamrul Fakir Kamarudin, and Nur Farah Mohd Shukuri, and Nazlina Haiza Mohd Yasin, and Suresh Thanakodi, and Azizi Miskon, and Mohd Sobri Takriff, (2021) Penilaian sistem suntikan gas biohidrogen menerusi tetapan arduino menggunakan kultur mikroalga tempatan melalui kaedah fermentasi fotosintesis dan gelap. Sains Malaysiana, 50 (5). pp. 1221-1232. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
820kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil5_...

Abstract

Biohidrogen (gas hidrogen yang terhasil melalui kaedah biologi) ialah salah satu sumber tenaga mampan yang boleh diaplikasi untuk penjanaan elektrik. Hasil tindak balas pembakaran gas hidrogen menghasilkan air tanpa pelepasan gas rumah hijau. Mikroalga merupakan salah satu mikroorganisma yang boleh menghasilkan biohidrogen secara fermentasi fotosintesis dan gelap. Dalam kajian ini, mikroalga tempatan, Chlamydomonas sp. UKM6 telah digunakan untuk menghasilkan biohidrogen menggunakan kedua-dua kaedah fermentasi dalam keadaan anaerobik. Fermentasi fotosintesis dijalankan menggunakan kultur UKM6 yang hidup di bawah sinaran cahaya manakala fermentasi gelap dijalankan dengan menggunakan biojisim UKM6 yang diinokulasi dengan enapcemar daripada efluen kilang kelapa sawit (POME). Gas hidrogen yang terhasil disuntik secara automatik ke dalam sistem sel bahan api menggunakan Arduino Uno yang telah dibangunkan. Dengan menggunakan data yang dipaparkan daripada program tetapan Arduino, biojisim UKM6 dalam fermentasi gelap menghasilkan gas hidrogen dan nilai voltan purata tertinggi masing-masing pada kepekatan 30.89 ppm dan 0.92 mV. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa mikroalga berpotensi menjana tenaga melalui penghasilan biohidrogen yang dapat terus dianalisa menggunakan teknologi sel bahan api. Sistem ini jelas dapat dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang untuk mengukur penjanaan tenaga secara terus dengan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Arduino uno; Biohidrogen; Chlamydomonas sp.; Sel bahan api
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17400
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2021 03:02
Last Modified:14 Sep 2021 02:12

Repository Staff Only: item control page