Kesignifikan sistematik ciri anatomi pina dan stip Angiopteris angustifolia C. Presl dan A. evecta (G. Forst.) Hoffm. [Marattiaceae] di Semenanjung Malaysia

Noraini Talip, and Siti Nor Azah Ayob, and Haja Maideen Kader Maideen, and Hamidun Bunawan, and Mohamad Ruzi Abdul Rahman, (2021) Kesignifikan sistematik ciri anatomi pina dan stip Angiopteris angustifolia C. Presl dan A. evecta (G. Forst.) Hoffm. [Marattiaceae] di Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 50 (5). pp. 1243-1254. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil5_...

Abstract

Kajian perbandingan ciri anatomi dan ciri mikromorfologi pina dan stip Angiopteris angustifolia C. Presl dan A. evecta (G. Forst.) Hoffm. [Marattiaceae] di Semenanjung Malaysia telah dijalankan. Sampel kajian diperoleh dari Bangi, Selangor, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan ciri anatomi dan mikromorfologi pina yang boleh digunakan untuk pengecaman dan pembezaan dua spesies Angiopteris. Ciri yang ditemui boleh digunakan untuk membina kekunci pengecaman bagi kedua-dua spesies yang dikaji. Anatomi pina dan stip diperhatikan melalui kaedah hirisan dengan mikrotom gelongsor, siatan epidermis dan penjernihan serta cerapan di bawah mikroskop cahaya menggunakan perisian Cell B. Kajian mikromorfologi pula melibatkan teknik saduran emas, titik pengeringan kritikal dan cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron menggunakan perisian SmartSEM. Ciri sepunya bagi kedua-dua spesies adalah kehadiran stel ringkas bentuk arka pada stip dan tulang pina, kehadiran sel musilaj yang agak padat pada sel parenkima korteks, peruratan tengah pina dikotom, peruratan tepi pina terbuka dan tidak bercabang dan kehadiran trikom berlengan pada tulang pina. Ciri diagnosis yang ditemui ialah peruratan palsu pada pina A. angustifolia, bentuk luaran permukaan abaksial stip A. angustifolia berbentuk bulatan lebar manakala A. evecta berbentuk ¾ bulatan. Hiasan kutikel pada epidermis abaksial pina A. angustifolia dengan dinding periklin tenggelam dan dinding antiklin timbul sebaliknya pada A. evecta dinding periklin timbul dan dinding antiklin tenggelam. Kesimpulannya, ciri anatomi dan mikromorfologi pina dan stip mempunyai nilai taksonomi yang boleh digunakan bagi pengecaman dan pembezaan kedua-dua spesies Angiopteris yang dikaji.

Item Type:Article
Keywords:Anatomi; Angiopteris angustifolia; Angiopteris evecta; Marattiaceae; Pina
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17402
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2021 03:16
Last Modified:14 Sep 2021 02:14

Repository Staff Only: item control page