Penggunaan internet sebagai sumber maklumat industri pelancongan di Malaysia

Norzalita Aziz, (2000) Penggunaan internet sebagai sumber maklumat industri pelancongan di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 19 . ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

8MB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jurus.htm

Abstract

Kajian penerokaan ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri demografi pengguna internet tempatan, maklumat keperluan pelancong serta ciri-ciri utama laman web pelancongan. Kajian ini juga menyelidik perhubungan di antara maklumat dan motif melancong di kalangan pengguna internet. Kajian ini merangkumi aspek-aspek untuk meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan laman web sebagai sumber maklumat utama dalam industri pelancongan. Kajian ini telah dijalankan di sekitar Lembah Kelang yang menglibatkan 120 orang responden yang terdiri daripada para pekerja swasta dan awam yang mempunyai pendedahan dalam penggunaan internet. Alat pengutipan data ialah soalselidik yang mengandungi 51 soalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna internet berumur antara 20 hingga 35 tahun, berpendidikan tinggi, serta berpendapatan bulanan di antara RM3,000-RM5,000. Mereka mempunyai tanggapan yang positif terhadap maklumat laman web. Maklumat penting yang paling dikehendaki ialah lokasi dan penginapan. Ciri-ciri laman Web pula mestilah mempunyai gambar sebenar dan paparan video beranimasi. Strategi pemasaran yang kreatif dan taktik-taktik penyampaian maklumat yang lebih berkesan, juga disarankan untuk mempertingkatkan kesedaran dan menggalakkan lagi penggunaan laman web pelancongan. Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memajukan lagi industri pelancongan dan mewujudkan ‘masyarakat IT'

Item Type:Article
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:1741
Deposited By: Ms. Nor Ilya Othman
Deposited On:10 Jun 2011 03:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:30

Repository Staff Only: item control page