Roslan Ali, and Adi Irfan Che Ani, (2021) Matriks identifikasi kecacatan, penilaian risiko, implikasi dan faktor (DRIF) : pembangunan matriks penilaian kondisi untuk ambulan di hospital kerajaan. Journal of Building Performance, 12 (1). pp. 11-22. ISSN 2180-2106
|
PDF
536kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jbp/issue/view/50
Abstract
Ambulan adalah prasyarat yang diperlukan untuk membantu rawatan awal dan membawa pesakit ke hospital. Permintaan terhadap perkhidmatan ambulan semakin meningkat, oleh itu, penyenggaraan ambulan perlu dilakukan dengan lebih kerap untuk mengurangkan risiko kerosakan dan kemalangan. Ambulan perlu disenggara bagi memastikannya dapat berfungsi dengan baik serta memberi keselesaan kepada pesakit dan paramedik. Kajian ini dilakukan terhadap tiga buah ambulan yang berusia antara 16 hingga 19 tahun. Matriks DRIF dibangunkan untuk menilai kondisi ambulan dan memastikan kesediaan perkhidmatan dan pematuhan terhadap faktor keselamatan. Data dikumpulkan melalui pemeriksaan visual menggunakan borang khas untuk mengenalpasti kondisi ambulan. Semua data dinilai menggunakan pekali dan pemberat dalam nilai berangka. Melalui huraian ringkas kecacatan ambulan yang ditemui, matriks ini dapat memberikan gambaran mengenai kecacatan yang dikenal pasti dan menjimatkan masa pemeriksaan ambulan. Skor yang diperolehi memberikan penilaian risiko terhadap ambulan berpandukan kategori berikut: penyenggaraan berkala, penyenggaraan kecil, kerosakan kecil dan kerosakan besar. Hasil keseluruhan penemuan menggambarkan kebolehpercayaan Matriks DRIF. Walau bagaimanapun, matriks DRIF perlu diuji terhadap pelbagai jenis ambulan atau kenderaan-kenderaan lain bagi menilai keberkesanannya. Kajian ini menunjukkan penggunaan Matriks DRIF sebagai suatu kaedah pemeriksaan yang praktikal dan wajar untuk penilaian kondisi ambulan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ambulan; Pemantauan kondisi; Penyenggaraan; Pemeriksaan kenderaan; DRIF; Pengukuran prestasi |
Journal: | Journal of Building Performance |
ID Code: | 17429 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Sep 2021 05:01 |
Last Modified: | 20 Sep 2021 03:50 |
Repository Staff Only: item control page