Kesan tanggapan politik terhadap tingkah laku menyembunyikan pengetahuan : konflik sebagai pengantara

Norulhuda Tajuddin, and Rasidah Arshad, (2021) Kesan tanggapan politik terhadap tingkah laku menyembunyikan pengetahuan : konflik sebagai pengantara. Jurnal Pengurusan, 61 . pp. 57-68. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
891kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1409

Abstract

Tingkah laku menyembunyikan pengetahuan didapati memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada organisasi secara keseluruhan. Sorotan literatur menunjukkan tingkah laku menyembunyikan pengetahuan di tempat kerja dipengaruhi oleh faktor berkaitan diri pekerja dan faktor situasi yang berkaitan dengan organisasi. Kajian ini dijalankan untuk menguji hubungan antara tanggapan politik dengan tingkah laku menyembunyikan pengetahuan dalam kalangan pekerja yang bekerja dalam pasukan. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya kesan langsung tanggapan politik terhadap tingkah laku menyembunyikan pengetahuan, serta kesan tidak langsung menerusi konflik hubungan sebagai pengantara. Model Persamaan Berstruktur digunakan untuk menguji hipotesis berdasarkan data daripada 339 orang ahli akademik yang menjalankan penyelidikan secara berpasukan. Dapatan kajian ini menunjukkan hubungan langsung dan tidak langsung yang signifikan antara tanggapan politik dengan tingkah laku menyembunyikan pengetahuan, serta hubungan tidak langsung menerusi konflik hubungan sebagai pengantara. Secara teorinya, kajian ini menyumbang kepada literatur menerusi penggunaan teori pemuliharaan sumber dalam menerangkan tingkah laku menyembunyikan pengetahuan di tempat kerja.

Item Type:Article
Keywords:Tingkah laku menyembunyikan pengetahuan; Tanggapan politik; Konflik hubungan; Pasukan kerja
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:17467
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2021 00:33
Last Modified:07 Oct 2021 06:43

Repository Staff Only: item control page