Dorongan kelangsungan usahawan wanita dalam perusahaan batik dan songket

Nor Hanim Awang @ Mohd Noor, and Norfatiha Othman, and Nor Hayati Sa’at, and Roslina Ismail, (2021) Dorongan kelangsungan usahawan wanita dalam perusahaan batik dan songket. Jurnal Pengurusan, 61 . pp. 69-81. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
719kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1409

Abstract

Peningkatan wanita dalam aktiviti perniagaan di bandar dan luar bandar telah menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Golongan wanita di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu dilihat agak menonjol memasuki dunia perniagaan. Mereka sangat aktif mengusahakan dua jenis perusahaan berasaskan kraftangan iaitu batik dan songket. Pembabitan wanita di dalam keusahawanan batik dan songket bukan sahaja membantu dalam aspek ekonomi keluarga malah merealisasikan keinginan mereka menjadi seorang usahawan wanita. Kajian ini bertujuan menganalisis dorongan pembentukan usahawan batik dan songket wanita di Malaysia. Reka bentuk kajian kes kualitatif digunakan dengan menggunakan temu bual mendalam dan pemerhatian ke atas 12 orang usahawan batik dan songket yang dipilih melalui kaedah pensampelan snowball di Kelantan dan Terengganu. Hasil temu bual mendalam dianalisis secara tematik manakala pemerhatian dianalisis melalui catatan nota lapangan, gambar visual dan rakaman suara. Hasil kajian menunjukkan dorongan kepada pembentukan usahawan batik dan songket wanita, asasnya adalah pengaruh keluarga yang terdiri daripada proses sosialisasi keluarga, kemahiran keluarga, minat dan sumbangan kepada keluarga. Oleh itu, dorongan mereka dalam keusahawanan batik dan songket dapat dikaitkan dengan asuhan dan pendedahan berterusan daripada keluarga bagi membentuk usahawan wanita. Melalui aktiviti keusahawanan yang diceburi, usahawan wanita berpotensi menjana pendapatan yang tinggi terhadap keluarga mereka. Keuntungan yang tinggi yang diperolehi melalui industri batik dan songket juga memberi dorongan kepada golongan wanita lain untuk turut serta dalam keusahawanan batik dan songket di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Penglibatan wanita; Batik dan songket; Kraftangan; Usahawan wanita; Pantai Timur
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:17468
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2021 00:37
Last Modified:07 Oct 2021 06:45

Repository Staff Only: item control page